Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 19 Disember 2011

Gambar Hari Ini -- Kobis Cina dan Kailan

Kobis Cina dan Kailan di dalam pasu.

Satu keistimewaan menanam sayur di dalam bekas ialah bekas tersebut mudahalih.  Anda boleh alih tanaman mengikut kesesuaian.  Yang penting tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi.  Lebih besar bekas, lebih banyak tanah yang dapat diisi.  Lebih banyak tanah, lebih banyak air dapat disimpan, jadi tidak perlu menyiram banyak kali.

Kalau bekas kecil seperti yang saya gunakan, ia perlu disiram setiap pagi.  Kalau terlupa siram, tanah dalam bekas akan kering sebelum tengahari.  Ini akan menyebabkan pokok menjadi layu.  Elakkan pokok layu kerana ini menyebabkan sayur menjadi liat dan berserat.

Perlu diingatkan menanm sayur lebih cerewet dari menanam pokok bunga.  Ini kerana pokok sayur perlukan lebih banyak air dan baja bebanding dengan pokok bunga hiasan.
 

2 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    biasanya pada peringkat mana kita seeloknya membaja pokok2 sayuran nie? Oh ye, saya guna baja gunung berapi. Kalau takde, saya cari sebarang baja organik, saya mmg elakkan guna baja jenis kimia

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam,
    Saya mula membaja selepas 2 set daun sebenar tumbuh, iaitu kira-kira 2 minggu selepas disemai. kalau saya gunakan tanah kompos, semaian pertama saya tidak membaja. Saya hanya membaja bila semai benih kali kedua dalam bekas yang sama.

    Pada pendapat saya, tiada salahnya guna baja kimia kerana ia juga membekalkan nutrien untuk tumbuhan. Cuma kelemahannya, baja kimia tidak membaiki struktur tanah, jika dibandingkan dengan baja organik.

    Yang saya cuba elakkan, penggunaan racun perosak. Kerana dalam jangka panjang, ini mungkin mampu memudaratkan kesihatan kita.

    BalasPadam