Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 9 Disember 2011

Gambar Hari Ini -- Cambahan Bak Choy

Cambahan Bak Choy

Semaian ini terlalu rapat dan sukar untuk menjarang nanti.  Masalah jika semai terlalu rapat begini kerana apabila menyiram, daunnya akan basah.  Daun anak pokok sawi yang basah mudah terkena penyakit dan daun yang basah pula mudah melecur ketika panas terik.  Seeloknya disemai jarang sedikit.  

Untuk jarangkan biji benih, gaulkan sedikit biji benih dalam satu genggam tanah dan tabur ke dalam kotak semaian.  Anda boleh juga semai ke dalam tray semaian atau kotak susu yang diguna semula.  Masukkan hanya satu biji benih ke dalam setiap sel semaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan