Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 23 Disember 2011

Gambar Hari Ini -- Anak Pokok Sawi Pak Choy

Satu dari kelemahan saya ketika menyemai ialah menabur benih terlalu rapat.  Ini kerana saya gemarkan memakan anak pokok yang digunting ketika menjarang sebagai salad.  Pak choy, kobis cina, lobak putih dan kailan semuanya enak dimakan sebagai salad ketika muda.  Kalau anak pokok lobak putih, ia juga enak dinuat jeruk (pickle) bersama bawang putih dan cili padi dalam cuka asli.  Kalau diperhatikan, saiz anak pokok pak choy ini berbeza.  Pokok yang besar dikekalkan.  Pokok yang kecil digunting.  Kebiasaannya anak pokok yang tinggal akan membesar dengan lebih galak kerana persaingan baja, ruang dan cahaya telah berkurangan.

Cara yang mudah untuk menyemai benih supaya anak pokok menjadi jarang ialah gaulkan satu sudu teh biji benih dengan satu genggam pasir.  Gaulkan sehingga rata.  Kemudian taburkan gaulan tersebut ke dalam bekas semaian.  Kemudian tutup dengan tanah sedalam 1 cm.

Kalau semai dalam tray semaian, ia lebih mudah.  Semai hanya 1 biji benih di dalam setiap sel dalam tray semaian.
Pokok pak choy yang dah besar akan dibiarkan terus membesar.

Pokok yang kecil akan digunting untuk menjarang.  guntingan anak pokok akan dijadikan salad.
Pak Choy membesar dengan lebih cepat selepas menjarang.

4 ulasan:

  1. salam en. iskandar...

    saya telah menerima benih yg ditempah tempoh hari.terima kasih juga atas perkongsian benih bayam putih.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Sama-sama. Dan terima kasih juga kerana memesan benih dari blog ini.

    BalasPadam
  3. en iskandar...nak tanya kalau encik ada benih atau keratan pokok Laurus Nobilis atau Bay leaf... : )

    BalasPadam
  4. Pokok bay lef baru dibiakkan melalui propagasi. InsyaAllah bila menjadi akan diberitahu melalui posting.

    BalasPadam