Kebanyakan kanak-kanak sekarang menghabiskan masa yang terluang dengan bermain komputer. Kebiasaannya mereka menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer. Saya tidak nafikan kebaikan bermain komputer (setelah bosan bermain, mereka akan 'buat' game sendiri). Tapi keburukannyanya pun ada. Anak-anak lazimnya akan bergaduh kerana berebut komputer. Jadi, kehadiran adik-beradik seolah-olah menjadi halangan kepada mereka untuk lebih bermain.
Kalau berkebun, kanak-kanak akan belajar berkongsi dan berinteraksi. Jadi mengapa tidak mulakan budaya berkebun di rumah. Tak ada tanah, mulakan bertanam dalam bekas. Kalau dulu 2 jam bermain komputer. Sekarang 1 1/2 jam bermain komputer, 1/2 jam berkebun. Lagi pun berkebun mengajar mereka mengambil tanggungjawab. Setiap hari, 5 minit digunakan untuk menyiram.
Sihat fizikal, sihat minda. Ikatan adik beradik kukuh. InsyaAllah.
Aktiviti berkebun mampu merapatkan adik beradik. |
Saya setuju. Disamping itu mereka juga akan lebih menghargai alam sekeliling mereka. Teringat saya dahulu kenapa saya minat nak masuk course horticulture sebab saya dulu-dulu suka ikut mak saya berkebun. :)
BalasPadam:)
BalasPadamgood one...melentur buluh biarlah dari rebung...:)
BalasPadamsalam, berkebun much better untuk anak2 drp tengok tv..tp kalau kecil sangat bawak berkebun dan takde teman pulak tu boleh menyusahkan mak bapak jugak..
BalasPadam