Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 19 Mac 2012

Air Ikan Sebagai Booster Untuk Pokok Tomato, Terung, Cili dan Sayuran

Jika anda masak sendiri, siang sendiri ikan yang dibeli di pasar.  Perut serta skrap ikan boleh dijadikan baja.  Masukkan skrap ikan ke dalam bekas pengisar dan kisar hingga lumat.  Tambahkan sedikit air supaya bahan mudah lumat.  Cairkan 9 bahagian air untuk setiap 1 bahagian kisaran.

Masukkan baki siang ikan (perut dan insang) ke dalam bekas pengisar dan kisar hingga lumat.

Cecair yang terhasil berwarna kelabu.
Siram bahagian pangkal pokok.  Elakkan terkena daun.  Siraman akan mengeluarkan bau, tetapi sekejap sahaja.  Apabila cecair siraman bercampur dengan tanah, bau siraman akan berkurang.  Jika anda kurang gemar bau ikan, campurkan segenggam arang atau soda bikarbonat ke dalam bekas siraman untuk menyerap bau.  Siram dengan segera, Jangan simpan cecair baja ini kerana ia akan menghasilkan bau yang kuat dan menarik perhatian lalat.  

Siram pokok dengan air ikan 2 minggu sekali.

17 ulasan:

  1. Macam mana pulak dengan air basuhan beras?

    BalasPadam
  2. Saya pernah terbaca tentang penggunaan air basuhan beras untuk siraman. Saya belum pernah cuba. InsyaAllah akan dicuba.

    BalasPadam
  3. tak de semut datang kerumun ke?...

    BalasPadam
  4. Kalau laman ada semut api, mungkin akan datang meratah hampas-hampas yang tak hancur. Tapi biasanya sekejap aja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya biasanya gunakan air basuhan ikan je... yg ni dulu Mak kat kampung selalu buat... ;p

      Padam
  5. kalau siram pada pokok orkid boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Baja cecair yang dijual sebagai baja bunga orkid adalah air ikan. Tiub sebesar ibu jari dijual dengan harga RM20++.

      Padam
  6. Di'highlight'kan balik :).. Nampak macam tidak berguna tapi sebenarnya baja paling berkesan untuk menyuburkan sayur-sayuran.. :)..

    Kalau dulu, orang selalu tanam je perut ikan di pangkal pokok² buah seperti mangga untuk mendapatkan buah yang manis.. Tapi sekarang, ianya boleh juga digunakan sebagai nutrien tambahan bagi sayuran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisanya lepas siram saya tutup dengan tanah sedikit untuk menghalang lalat bertelur. Tanahh neutralkan bau air ikan tersebut.

      Padam
  7. Bagaimana pula kalau dicampurkan bersama dengan kompos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik juga cadangan tu. Saya rasa itu lebih elok. :)

      Padam
  8. kalau air basuhan tu diambil dari air yang mengalir semasa basuh ikan boleh tak? tak payahkisar kisar semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Itu yang selalu diamalkan oleh orang dulu-dulu. Walaupun tanah pasih aja, tanaman tetap merimbun.

      Padam
  9. saya pulak x blender perut2 ikan nih...tapi saya masukkan dalam tanah utk mgelak bau dan serangga datang...alhamdulilah pokok pun subur...

    BalasPadam
  10. arang boleh ke? sye pernah ternampak arang di letak dalam pasu bunga.. boleh bagi penjelasan sikit, arang 2 baja jugak ke?air ikan, air beras, ampas teh dan serbuk kopi sy guna selalu..tpi nie plak arang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arang dan abu hasil pembakaran tumbuhan mengandungi elemen atau bahan daripada tumbuhan. Sudah pasti bahan-bahan tersebut sesuai dijadikan baja.

      Padam