Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 22 Disember 2011

Bercakap Dengan Pokok, Pokok Boleh Tumbuh Lebih Besar?

Ketika mengajar dulu, saya pernah berbual dengan seorang kawan, iaitu guru senior di kantin ketika rehat.  Saya memulakan perbualan tentang apa rancangan dia selepas pencen.  "Ingin buka nurseri,"  katanya.  "Kalau buka nurseri, cikgu akan grounded.  Kan cikgu suka travel.  Tak mati ker kalau tinggal pokok lama-lama?"  Soalan saya tujukan kepada cikgu tersebut.

"Iskandar, kalau aku mau tinggal lama-lama, masa siram, aku cakaplah pada pokok aku, supaya jimat minum air.  Nanti pokok faham, ia akan guna air baik-baik dan tak mati kering.  Jiran aku, pokoknya tak pernah mati kalau dia pergi melancong.  Dia pesan dulu pada tanamannya."

Alamak! Bergurau atau serious ni?  Ingatkan nak bina sistem pengairan.  Guna drip dengan timer ker, upah pekerja ker?

"Jiran cikgu tanam kaktus, mana pakai air banyak..." balas saya secara berseloroh.

"Kau tahu tak, pokok faham cakap kita?  Kalau kita bercakap dengan pokok, pokok akan tumbuh lagi besar."  Ujar guru tersebut lagi.

Saya terdiam dan tak berani nak sambung.  Tapi perbincangan tadi bersambung dalam fikiran.  Pokok berjimat air ketika ditinggalkan lama?  Kalau sayur habislah.  Tapi di nurseri orang tanam pokok bunga.  Pokok bunga tidak perlukan air atau nutrien sebanyak pokok sayur.  Atau mungkin sahabat saya tu nak tanam kaktus.  Atau saya terlalu lurus, dia bergurau dan saya tak menangkap gurauannya.

Bercakap dengan pokok, pokok boleh jadi besar?  Hmmm mungkin ada kebenarannya.  Kalau difikirkan, kalau seseorang sampai tahap bercakap dengan pokok, dia mesti seorang pekebun yang ... to the next level.  Silap-silap, keluarga cekup hantar ke "Wad Dahlia."   Tumbuhan miliknya pasti akan mendapat air, cahaya serta baja yang cukup.  Kalau pokok bunga, pasti dipangkas selalu.  Mana mungkin pokok tidak akan besar.  Lagipun bila bercakap, pekebun tersebut pasti akan hembuskan karbon dioksida ketika bercakap.  Mungkin ini akan menyebabkan pokok lebih besar kerana pokok perlukan karbon dioksida untuk proses membuat makanan.
Kalau karbon dioksida dari udara hembusan ketika bercakap boleh menyebabkan pokok lebih besar,   mengapa tidak suap aja pokok dengan karbon dioksida?  Wah ini dah kira extreme ni.  Baru-baru ini saya ada terbaca artikel tentang seorang garderner dari Jerman yang suap udara greenhousenya dengan karbon dioksida.  Beliau gunakan ais kering (pepejal karbon dioksida).  Apabila ais kering memejalwap menjadi gas karbon dioksida, dia menyalurkan gas tersebut ke arah pokok sayur.  Dia mengatakan pertumbuhan pokoknya menjadi lebih galak dan daun lebih besar.
Extreme? Ya.  Tapi inilah keistimewaan pekebun dan peladang.  Mereka bebas explore mencari teknik baru untuk mendapat tuaian yang lebih baik.

Pada mulanya saya fikir ini dah tahap "terlebih."  Kemudian saya sendiri teringat beberapa tahun sebelum itu, saya sendiri pernah suap tumbuhan dengan karbon dioksida dan sememangnya pokok yang disuap lebih sihat.  Ketika itu saya memiliki sebuah akuarium.  Saya ingin tanam rumpai dalam akuarium tersebut.  Selepas menanam rumpai, ia menjadi melecur dan mati.  Bila mengadu masalah saya kepada penjual akuarium, dia syorkan saya gunakan kit yang dia jual.  Saya beli kit tersebut dengan harga RM45.  
Selepas memasang kit tersebut, barulah saya sedar tentang konsep disebalik kit tersebut.  Tak apalah, RM45 tu, kira beli idealah.  Kalau idea, harganya jauh lebih mahal dari RM45 tersebut.  Kit tersebut mengandungi serbuk nutrien, satu pek mikrob, botol 1L, penutup yang disambung dengan salur getah kecil dan batu buih.  Selepas baca instructions, saya campurkan mikrob, serbuk nutrien dan air suling dan tuang ke dalam botol.  Kemudian saya pasangkan salur ketah ke liang pada penutup botol.  Di hujung salur, saya pasangkan batu buih.  Kemudian saya lekatkan botol diluar akuarium dan batu buih saya ketakkan di dalam akuarium, pada pangkal pokok yang saya tanam dalam air dalam akuarium tersebut.
Selepas seketika buih yang terdiri daripada gas karbon dioksida mula keluar dan berterusan sehingga sebulan.  Pokok mula subur dan akuarium kelihatan sangat cantik.  Pencipta kit tersebut merahsiakan kandungan serbuk nutrien dan mikrob tetapi sebagai seorang yang dilatih sebagai biologist, saya straight away tahu, bahan nutrien tersebut adalah serbuk glukosa dan mikrob tersebut adalah yis, atau ibu roti.  Apabila yis bercampur dengan glukosa, penapaian akan berlaku dan membebaskan gas karbon dioksida.  Cecair yang tinggal di dalam botol adalah alkohol.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini, apa yang kawan saya cakap tu ada kebenarannya.  Cuma, adakah kita akan lakukan hinggga ke tahap itu untuk gardening?  Err, dah berborak dengan tumbuhan hari ni?  Hai pokok, kita nak berborak tentang apa yer?

26 ulasan:

  1. hahaha...saya pon penah dgr pasal bercakap dgn pokok ni & pokok boleh dgr & faham apa yg kita ckp....tp tak penah buat lg....beckp dlm hati dgn pokok tu ada la...hehehe :)

    BalasPadam
  2. Bercakap dalam hati, pokok besar dalam hati aje lah. :)

    BalasPadam
  3. En. iskandar, sy dh biasa dgr mak sy berckap dgn pokok... cnth aytnya ialah "bila ko nk berbuah? tgk kwn2 ko sema dh berbuah... aku tingin nk merasa hasil ko plak"..

    BalasPadam
  4. errr...sebenarnya saya pun bercakap dgn pokok2 saya and maybe its just my imagination, but I do think it does work...sebab bila g holiday yg agak lama, bila balik nampak lesu je..(kami ada gardener yg datang rumah selang sehari)

    BalasPadam
  5. saya pun biasa juga dengar kisah ni cuma x pernah cuba lagi. mungkin blh dicuba dgn pokok2 yang perlahan proses pertumbuhannya :D

    BalasPadam
  6. saya selalu gak cakap ngan pokok...

    tapi rasanya boleh kata mereka semacam faham pulak....heheheh macam pokok kacar botor saya, bulan lepas asyik tumbuh daun je banyak... kadang2 sakit hati gak tengok... lepas ugut, cakap nak potong tanam pokok lain baru bunga ngan banyaknya ujung bulan... sekarang boleh makan ulam hampir setiap hari...sekarang trim2 sikit pokok tu sebab tanam kat tengah2 dan laman tepi kecik... jadi kurangkan sikit sulur2 pokok supaya pokok merimbun je... pokok2 lain masih tak diugut sebab tumbuh dan berbuah cantik je...hehehehe

    BalasPadam
  7. Ada yang tidak bercakap, tapi guna cara lain. Bapa saudara saya takik pokok dengan parang "mendenda" pokok manggis dan mata kucing kerana tidak berbuah. Musim berikutnya, terus berbuah. Sebenarnya semua ada penjelasan secara saintifik.

    BalasPadam
  8. Saya setuju dengan pandangan En. Iskandar. Cuma apa yang saya tahu, karbon dioksida memang memberi pokok besar tapi ada tahapnya. Teringat lagi saya eksperimen semasa saya ditingkatan 5 mengenai fotosintesis.

    Memang pokok akan menyerap karbon dioxida tapi ada beberapa faktor juga yang akan menghadkan penyerapan karbon dioksida tersebut seperti cahaya dan air. Sebab itu, para saintis menyatakan 'potential nutrient' untuk sesuatu kajian nutrient terhadap tanaman kerana ada faktor-faktor lain yang perlu diambil kira juga.

    Pasal cakap tu, saya juga setuju. Banyak kajian yang boleh dilakukan lagi demi mengetahui misteri di sebalik kata bersama tanaman.

    BalasPadam
  9. kalau macam pokok berteras seperti manggis dan lain2 mungkin memang itu kaedah dia nak bagi berbuah agaknya.... mungkin dengan mencederakan pokok, pokok akan membebaskan beberapa bahan kimia untuk merawat kecederaan dia dan disamping itu ada bahan kimia lain untuk berbuah... kita tak tahu la....yang penting pokok kita tanam berbuah dan sihat....

    I wong: betul tu... beberapa faktor lain turut memainkan peranan dalam fotosintesis... tapi rasanya kalau pokok kurang besar, sedangkan air dan cahaya cukup, mungkin kita boleh bagi boost sikit dengan meletakkan karbon dioksida...tapi sekarang cahaya kurang sikit... asyik hujan sahaja....

    BalasPadam
  10. hehehe... saya selalu je 'pesan' dgn pokok bila nak pergi bercuti...
    saya pesan : 'jangan mati tau, ini last siram, klu hujan syukur, klu takde hujan lagi 2 hari saya balik saya siram air, ingat jgn mati tau'... hehehe... drama tak?

    tapi mmg Alhamdulillah pokok saya mmg tak mati... paling tidak pun layu je... ;p

    BalasPadam
  11. Udara hembusan yang anda bebaskan mengandungi gas karbon dioksida, unsur penting yang digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanan. Makanan ( glukosa ) yang terhasil dari proses fotosintesis ini digunakan oleh tumbuhan untuk membentuk sel-sel baru dan pembentukan bunga dan buah. Anda mungkin membantu tumbuhan anda dalam proses ini. Hasil sampingan dari proses fotosintesis ialah gas oksigen yang amat penting dalam kehidupan manusia. Anda dan tumbuh-tumbuhan saling memerlukan!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih athul eightneen,
      Proses fotosintesis dijelaskan dengan begitu baik.

      Padam
  12. Saya sangat suka tanam pokok...risau sesangat nak balik raya puasa nanti sampai seminggu....boleh gunakan cara bercakap dengan pokok ni nampaknya! And plan nak buat botol..sambung tali ke dalam pasu bunga...sapa pernah buat?
    Any idea lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hani kena browse lagi. Rasanya saya dah letak posting tentang botol drip untuk tinggal lama.

      Padam
    2. Terima kasih...kawan bgtau beli set fertigasi..RM180...utk 20 pokok...pakai timer...

      Padam
  13. Saya guna sistem titis dgn timer untuk patch di belakang rumah. Kalau untuk kegunaan sementara ketika pulang berhari raya saya rasa tak berbaloi belanja RM180 serta timer untuk sistem fertigasi. Yg pasti alatan tersebut akan diletak di luar rumah. Ia akan menambah kerisauan ketika balik kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. En Iskandar...kalau tak berbaloi...nak wat cemana erk? Ada sy baca...letak baldi dan pakai tali yang sambung ke setiap pokok (tanah)...or ada kaedah lain? Sbb semua pokok sy lam pasu...tak leh cari air sendiri..huhuhu...

      Padam
    2. syukur balik seminggu pokok sy tak mati. letak air ngan botol dan ikat tali..masukkan dalam tanah. Tapi bila balik sini, kuarkan kat belakang kejap..pokok yg dalam umah...bg kena matahari sikit...tup2 ada budak2 nakal belakang umah koyak2 kan daun....sakitnya ati....

      Padam
    3. Aduh, kena panggil budak-budak tu. Jelaskan pada mereka apa kesilapan mereka. Janngan ugut, cakap cara lembut. InsyaAllah menjadi. Yang tak menjadi kalau orang dewasa yang buat.

      Padam
  14. haha kalau sya stakat berdoa je..... macm berdoa untuk orng yg telah mati atau sedekah al-fatihah biar benih tu tumbuh pokok, hehehe..... ikhtiar kite nak buat benih tmbuh nak buat mcam maner,...... tak semestinye membaca al-fatihan untuk diri sendiri, tuhan.... nak sedekah kat makhluk lain boleh gak... cuma kita biasa sedekah kat makhluk yg sentiasa bersama dengan kite, ibu ayah dan sebagainya ........

    BalasPadam
  15. sy juga bercakap dengan pokok dari betis hingga melebihi ketinggian saya.pokok itu juga hidup.seperti kucing kalau kita latih dia, dia akan dgr.panggil dia dtg.

    BalasPadam
  16. Selain cara bercakap dgn pokok Baja apakah yg membuat batang pokok membesar dgn Cepat ? kongsikan pendapat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna baja organik atau baja yang kaya dengan sebatian nitrogen.

      Padam