Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 22 Disember 2011

Bila Boleh Tuai Lobak Putih?

Apabila pokok lobak mula kukuh, letakkannya di kawasan yang banyak terima cahaya matahari. Pastikan tanah kaya dengan bahan organik.  Jika selepas 5 minggu lobak masih belum kelihatan, tabur baja organik.  Saya biasanya tuai lobak ini ketika berumur 5 hingga 6 minggu.  Kalau mahukan lobak yang bersaiz besar, saya tunggu sebulan lagi.
 
Pokok lobak putih berumur 5 minggu.  'Lobak' mula berisi sebesar bola golf.  


Lobak putih sedia untuk dituai apabila isinya sebesar bola golf, iaitu dalam masa 5 hingga 6 minggu.

Lobak putih yang berisi.

Lobak putih yang dituai.



 Amat seronok apabila menuai hasil tanaman sendiri.  Pengalaman yang amat bermakna terutamanya kanak-kanak.

Jika tanamsendiri, daun lobak ini juga enak dimakan.  Saya jeruk daun lobak di dalam cuka asli dan sedikit garam.  Saya dah replenish benih ini.  Jadi benih lobak putih ada banyak dalam stok.  Benih yang ada sekarang bercambah dalam masa 24 jam selepas disemai.  Dapatkannya sekarang. 

4 ulasan:

  1. thanks for the info...comel2 lobak tu... :)
    kebetulan baru 2 hari lepas tabur dgn baja organic ni...hrp2 menjadi la..

    BalasPadam
  2. benih nye yang mane yea...??? nk kata biji xde. kalau pisang ade anak pokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, sebenarnya ada. kalau dibiarkan pokok tak bersiram selama 3 hari, bila pokok dah layu baru siram semula, pokok akan berbunga dan mengeluarkan benih. Tapi bahagian lobak akan jadi lembut seperti span. Dulu saya pernah tunjuk gambak pokok lobak yang berbunga. siti is kena browse posting lama untuk lihat gambar.

      Padam