Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 1 Disember 2011

Akiviti Hari Ini

Hari ini pulang dari kerja awal sedikit.  Jadi di sebelah petang sempatlah melayan tanaman.  Sempat mengalih anak lobak ke dalam pasu.  Untuk hari ini 10 pasu aja.  Kemudian menyemai anak pokok Lidah Buaya (Aloe vera).  Niat nak semai 100 biji benih terung panjang dan 100 biji benih terung bulat tetapi tray semaian dan tanah yang ada kurang sesuai.  InsyaAllah akan dapatkan tray semaian dan tanah yang sesuai.  Agak teruja kerana dah lama pesan benih terung dari variety ini tapi baru diterima.  

Untuk tanaman sayur, hari ini semai benih ketumbar dan kai lan.  Niat untuk semai kobis belum kesampaian.  
Benih labu air yang disemai juga telah tumbuh.  Sebahagian telah dipesan oleh pengunjung blog. 
Buat masa ini belum semai banyak anak pokok untuk dijual. sebab saya bertanam hanya  sekadar hobi dan mendapatkan makanan segar bebas racun.  Saya ada menerima tempahan anak pokok mulberi dan roselle dari pihak nurseri.  Nampaknya terpaksalah mereka tunggu lama kerana batch yang lama telah mati.  Sekarang semuanya baru disemai semula.
Oh ya, besok akan menyemai temu pauh dan mengalih roselle ke atas tanah.  Sebahagian dari temu pauh akan ditanam dalam pasu dan sebahagian akan dikirim kepada pengunjung blog.  Ada beberapa orang pengunjung meminta saya kirimkan benih (rhizome) temu pauh kerana di tempat mereka tiada dijual anak pokok tersebut.  InsyaAllah akan dikirimkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan