Sudah lama tak merasa ulam temu pauh. Batas temu pauh pun dah mula mampat dan dipenuhi rumpai. Anak-anak temu pauh muda menunggu dituai untuk dijadikan ulam nasi atau kerabu. Rasanya seperti mangga muda bercampur halia amat enak.
Pokok Temu Pauh |
Kalau tidak diambil cakna pasti lama-kelamaan pokok ini akan menghasilkan rizom yang liat dan tidak lagi enak dimakan. Tengoklah ni, rizom muda seperti menonjol minta dituai.
Rizom Temu Pauh yang muda enak dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. |
Saya cuba gali menggunakan cangkul dengan berhati-hati supaya rizom yang tua tidak rosak supaya dapat disemai semula. Mungkin sebab dah lama batas terabai kerana saya tidak merumput atau menggembur tanah kerana sibuk dengan tugas, tugas mennyangkul mengeluarkan rizom agak sukar. Tanah dah jadi keras seperti batu. :(
Setelah berempas pulas dapatlah juga dicabut beberapa batang temu pauh dengan rizom yang patah. Cukuplah untuk dijadikan ulam ketika makan malam. Nanti patch baru akan dibina dan temu pauh akan dialih ke patch tersebut. Sebahagian akan ditanam ke dalam pasu dan diletak di perkarangan rumah. Nanti kalau teringin menikmati rasa temu pauh muda yang enak, hanya perlu korek pasu. :)
Tuaian hari ini, temu pauh. |
apa khasiat temu pauh ni... saya ada org beri pokok ni... baru tanam...
BalasPadamOrang India gunakan rizom yang dikeringkan sebagai perisa dalam masakan kari. Secara tradisi, orang India menggunakan rizom yang segar dilumatkan dan dicampur dengan air limau nipis dijadikan ubat batuk. Dalam satu jurnal oleh Pachauri dan Mukherjee, tahun 1970 menyarankan rizom pokok ini digunakan untuk menurunkan aras kolesterol dalam darah. Dr Ahmad Shakeel, tahun 2007 pula menyatakan rizom temu pauh mempunyai sifat antibakteria dan antikulat. Nampaknya pokok ini begitu popular di India.
BalasPadamtemu pauh ni ulam favourite saya dan suami.mmg sedap. wangii..ada juga tanam dalam polisterin ikan. tunggu masa nak korek ja.
BalasPadamSdri Shafirul, saya sendiri tahu kewujudan temu pauh dari gerai sayur di pasar Kajang. Sebelum ini tak pernah tahu ada sayur rizom yang seenak ini. Terfkir juga nak jual rizom ni melalui blog untuk ditanam oleh rakan-rakan yang lain. Sedang memikirkan cara packing yang terbaik agar benih (rizom) yang tiba pada pembeli masih bernas dan akan galak bertumbuh.
BalasPadamsalam. dah ada jual tak benih taemu ni?kalau ada, saya minat juga nak tanam
BalasPadamYa ada. 1 set 5 rizom bertunas harganya RM10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
PadamPm no tepon encik iskandar
BalasPadamSms ke 012-7122407
BalasPadamSaya nk beli anak temu pauh ni. Blh bg detail pada saya 0139831976. Ana. Kuantan.
BalasPadamAssalamualaikum puan. Boleh sy tau ada lagi ke temu pauh ni utk jualan?
BalasPadamMasih ada. Satu 5 rizom rm10.
PadamKendalian poslaju rm10.
Jika beli 5 set atau lebih poslaju percuma.
Masih ada. Satu 5 rizom rm10.
PadamKendalian poslaju rm10.
Jika beli 5 set atau lebih poslaju percuma.
Masih adalah jualan untuk benih temu pauh ini?
BalasPadamada yang berminat rizom nya , 0123534675
BalasPadam