Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 19 November 2011

Tips Menyemai Benih Dalam Tray Semaian

1.  Semai hanya sedikit biji benih dalam setiap sel tray semaian.  Gunakan hujung pensel yang dilembapkan untuk mengendali biji benih yang kecil.  Jangan semai terlalu banyak biji benih dalam setiap sel.  Kalau terlalu banyak biji benih, kerja menipis cambahan amat rumit dan membazir biji benih.
2.  Tutup tay semaian dengan penutup plastik lutsinar untuk tingkatkan suhu dan elakkan tanah menjadi kering.  Jika suhu tinggi, biji benih lebih cepat bercambah.  Apabila benih bercambah, tanggalkan penutup plastik.
3.  Letakkan tray semaian di tempat yang menerima banyak cahaya matahari.  Ini dapat mengelakkan cambahan menjadi terlalu panjang dan pucat.
4.  Jangan letak baja.  Membaja hanya setelah cambahan menghasilkan 2 set daun sebenar.
5.  Apabila akar memenuhi sel, alih cambahan ke dalam bekas yang lebih besar.  Alih anak benih yang sihat sahaja.
6.  Sebelum mengalih cambahan ke lokasi yang tetap, keraskan cambahan dulu dengan meletakkannya di tempat yang panas kira-kira 2 jam sehari.


4 ulasan:

  1. Membaja hanya setelah cambahan menghasilkan 2 set daun sebenar.

    saya ni masih baru dlm hal nie, cemana nak kenal pasti 2 set daun sebenarnya tu? Apa perbezaan nyatanya?

    BalasPadam
  2. Pasangan pertama daun adalah berbeza bentuknya dari daun pokok yang dah matang. Set pertama ini dikenali sebagai daun biji benih atau daun kotiledon. Pasangan daun sebenar menyerupai daun pokok matang, iaitu pasangan daun kedua dan seterusnya. Kalau pokok yang mempunyai 2 set daun sebenar, maksudnya ada 6 helai daun semuanya iaitu satu pasang daun kotiledon dan 2 pasang daun sebenar.
    Pokok dari jenis rumput, misalnya jagung mempunyai satu kelai daun biji benih sahaja.
    Pokok kacang pea tidak menunjukkan daun biji benih kerana daun tersebut tumbuh pada aras biji benih, iaitu dalam tanah.

    BalasPadam
  3. Assalamamualaikum.
    Terimakasih perkongsian ini.Hehehe nape tak cakap awal2, patutlah semaian sawi ku berterabur dan terpaksa ambik masa lama utk mengalihkannya.TQ.

    BalasPadam