Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 10 November 2011

Semaian Baru -- Kobis Cina

Cambahan Kobis Cina pada hari ke 2 selepas disemai.
Cambahan ini telah disemai sehari sebelum gambar ini diambil.  Cambahan belum lagi mempunyai daun sebenar.  Set daun pertama dikenali sebagai daun biji benih atau daun kotiledon.  Daun ini tidak serupa dengan daun sebenar yang menyerupai daun tumbuhan yang matang (tetapi dengan saiz yanng kecil).  Daun biji benih kelihatan seakan-akan dan sukar untuk kita kenal pasti jenis tumbuhan.  Sebab itulah saya sentiasa labelkan biji benih yang saya semai.  
Cambahan ini juga masih kecil iaitu kira-kira 1 cm tingginya menunjukkan lokasi bekas semaian menerima cahaya yang mencukupi.  Ada antara gambar semaian yang dikirim oleh rakan-rakan yang terlalu panjang berbanding saiz daun sehingga batang cambahan tersebut tidak dapat menampung ketinggian cambahan dan menjadi mudah patah.  Ini berlaku kerana cambahan disimpan di tempat yang tidak menerima cahaya matahari secukupnya.  Cambahan terpaksa tumbuh panjanng untuk mendapatkan cahaya matahari secukupnya.  Sekiranya rakan-rakan menyimpan semaian di dalam rumah atau di tempat teduh pastikan ia menerima cahaya matahari (atau cahaya lampu) secukupnya untuk mempastikan cambahan tidak tumbuh terlalu panjang dan mudah patah.

Contoh cambahan yang tidak mendapat cukup cahaya matahari.  Anak-anak kacang bendi ini tumbuh terlalu tinggi dan tidak dapat menampung ketinggian sendiri.  Anak-anak pokok ini akhirnya patah dan mati.

Anak benih yang menerima cukup cahaya matahari tumbuh tidak terlalu tinggi. 


Ada juga rakan yang mendapati selepas beberapa ketika, bahagian batang cambahan seperti kering  di bahagian atas tanah (sepanjang 1 hingga 2 cm) menyebabkan cambahan terkulai dan mati.  Bahagian atas  cambahan serta daun tidak kering, hanya bahagian atas tanah mempunyai kesan tersebut.  Ini adalah disebabkan oleh kulat yang ada di dalam tanah yang menyerang cambahan tersebut.  Penyakit ini dikenali sebagai "damping off".

Cambahan Kobis Cina yang rebah terkena penyakit damping off.

Sekiranya ini berlaku, cambahan tidak dapat diselamatkan lagi.  Kulat membiak apabila tanah lembap, udara tidak mengalir dan tanah tidak mendapat cahaya secukupnya.  Masalah ini ketara jika bekas semaian diletakkan di tempat yang tidak mendapat cahaya matahari secukupnya dan tiada edaran udara, misalnya dalam rumah yang tiada lampu terang dan tiada kipas.  Sekiranya ini berlaku pada semaian anda elok digunakan tanah yang lain atau ubah lokasi bekas semaian.  Dari pengalaman saya, penyakit ini jarang menyerang cambahan jika di semai di atas tanah yang mendapat cahaya matahari secukupnya.  Tanah juga perlu lembap tetapi jangan disiram berlebihan.  Ini juga dapat menggalakkan pertumbuhan kulat. 

8 ulasan:

  1. Saya suka benih kobis ini. Ia sangat bernas. Dalam 2-3 hari semai sudah nampak percambahan berbanding benih sawi yang en poskan hari tu. Sekarang saya sedang menunggu masa untuk menuai kobis ini. Tak sabar nak masuk dalam perut. :)

    BalasPadam
  2. :) Saya kena tunggu lama lagi. Baru-baru ni berhenti menyemai kerana sibuk dengan tugas. Ini baru tinjau-tinjau semula ruang sekeliling rumah. Dah jadi belukar.

    BalasPadam
  3. En.Is,

    Daun kari saya ada masalah Damping-Off. How to make sure other seedlings not affected by the same problem. If I keringkan the soil yang berkulat tu can i re-use the soil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tanaman kena damping off, jangan guna semula tanah kecuali jika tanah diletak ubat antikulat.

      Padam
  4. Kalau macam tu soil tu saya jadikan kompost boleh tak? rugi nak buang je soil yang dibeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti. Saya rasa elok bakar dulu sebelum dijadikan kompos. Wallahualam.

      Padam
    2. En.Is guess what? all my plants are affected now. Basil dan Coriander yang En.Is kirimkan mati tengah jalan. Telang ada yang naik ada yang tak bercambah langsung. Nasib baik betik dan roselle tak tanam lagi. How do I save my plants?

      Padam
    3. Bahagian yang telah dijangkiti perlu dipotong dan bakar. Letakkan pokok di tempat yang kena cahaya, bukan di tempat teduh dan biarkan tanah kering sedikit.

      Padam