Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 12 November 2011

Nutrien Tumbuhan – Bahagian 20 dari 20

Jenis Tanah dan Kekurang Nutrien yang Lazim

Tanah ringan (pasir),
Boron, Kuprum, Magnesium, Mangan, Molibdenum, Kalium , Zink

Tanah yang kaya dengan organik (gambut),
Kuprum, Mangan, Zink

Tanah berasid,
Kalsium, Magnesium, Molibdenum, Fosfor, Kalium


Tanah beralkali,
Boron, Kuprum, Besi, Mangan, Nitrogen, Fosfor, Zink

Tanah liat,
Fosfor


Kekurangan Nutrien dalam Tumbuhan
Mengenal pasti kekurangan nutrient dalam tumbuhan bukannya suatu tugas yang mudah. Anda bukan hanya lihat pada tanda-tanda dan terus membuat kesimpulan. Ini kerana mungkin ada factor lain yang menyebabkan tanda-tanda tersebut kelihatan. Anda perlu berfikir seperti seorang doctor atau penyiasat. Berikut adalah sebahagian dari factor yang dimaksudkan.

Kekurang nutrient yang sedikit mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya tumbuhan mungkin mudah diserang penyakit atau terkena penyakit, hasil tuaian yang kurang memuaskan atau pertumbuhan yang terbantut.

Kekurangan mungkin disebabkan oleh factor lain, misalnya akar yang rosak mungkin menyebabkan tumbuhan gagal menyerap nutrien. Jadi, walaupun anda menambah nutrien, anda tidak menyelesaikan masalah sebagaimana yang diharapkan.

pH tanah, cuaca (musim hujan atau kemarau), kehadiran unsur yang lain mungkin mempengaruhi kadar penyerapan nutrien.

Jika anda syak tumbuhan tidak mendapat nutrien yang secukupnya sememangnya kerana nutrien tersebut tiada dalam tanah, ini adalah tugas yang mudah kerana anda hanya perlu tambahkan nutrien tersebut. Jika ada faktor lain, anda perlu selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu.

1 ulasan:

  1. En Iskandar, terima kasih diatas ilmu yang diberi, sekiranya daun kunyit tak cukup hijau.. warnanya macam 'see through' apa yg perlu saya buat untuk bagi dia jadi warna hijau ye. Terima kasih..

    BalasPadam