Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 9 November 2011

Nutrien Tumbuhan – Bahagian 19 dari 20

Klorin 
Tumbuhan dapat menyerap lebih banyak klorin jika dibandingkan dengan mikronutrien yang lain. Klorin diperlukan dalam proses penyerapan air.

Kesan Kekurangan Klorin
Lazimnya tiada masalah kerana klorin banyak terdapat dalam tanah.  

Sumber Klorin
Klorin ada dalam air hujan dan larutan garam.

Kobalt 
Tumbuhan tidak menggunakan kobalt secara terus. Bahan ini diperlukan oleh mikroorganisma dalam tanah, misalnya bakteria pengikat nitrogen. Oleh itu kobalt diperlukan oleh tumbuhan pengikat nitrogen, misalnya pokok dari jenis kekacang.

Kesan Kekurangan Kobalt
Kecacatan pada akar nodul tumbuhan pengikat nitrogen. Lazimnya berlaku dalam tanah beralkali.

Sumber Kobalt
Kompos, tinja haiwan ternakan, batuan basalt.

2 ulasan:

  1. oh, saya ingat air hujan tu sama macam air reverse osmosis, takde kandungan apa2 cuma h2o. ingat klorin cuma dlm air paip je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klorin daripada udara terlarut dalam hujan. Ketika jatuh ke bumi dah macam macam ada dalam air tersebut. Bahan tersebut cukup untuk bekalkan beberapa jenis mikronutrien pada tanaman.

      Padam