Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 3 November 2011

Mesej Masuk Spam Box

Spam box ada satu dari ciri tambahan yang ada dalam perkhidmatan emel yang membantu dengan menapis utusan yang tidak diingini.  Malangnya tiada sistem yang sempurna.  Kadang kala ada antara utusan yang bukannya emel yang tidak diingini dimasukkan ke dalam spam box secara automatik.
Hari ini terlintas untuk buang semua utusan dalam spam box.  Click select All, kemudian klik Delete.  Browser mempamerkan utusan "Deleting..."  Ketika itu baru terperasan ada antara utusan dari pengunjung blog tanamsendiri.  Walaupun saya klik Stop untuk batalkan proses, emel-emel tersebut telah dibuang untuk selamanya.
Sekiranya ada antara pengunjung yang mengirim utusan tetapi tidak mendapat respons dari saya, kemungkinan besar emel yang dikirim tersebut telah masuk ke dalam spam box.  Sila kirim semula emel.  Pastikan semua emel yang dikirim dijawab oleh saya untuk mempastikan emel tersebut tidak terlepas pandang atau tersasar ke spam box.  :(

2 ulasan:

  1. Saya rasa encik boleh cuba aplikasi ni bagi mengelakkan spam.

    www.boxbe.com

    Berguna sebab hanya yang manusia sahaja akan tahu isi maklumat dalam tu. So takkan ada computer generate cuba spam.

    harap membantu.

    BalasPadam
  2. Terima kasih I wong. Aplikasi tersebut memang dapat mengelakkan spam.
    Masalah saya sekarang ialah mesej dari pengunjung tanamsendiri.com yang bukan spam disumbat ke dalam spam box. Tapi saya dah dapat kenal pasti puncanya. Nama sains kacang buncis telah disalah ertikan oleh pengesan spam sebagai perkataan yang kurang elok. Sebenarnya "Vulgaris" dalam bahasa Latin bermaksud "lazim" atau "yang biasa".

    BalasPadam