Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 22 November 2011

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung

Dah menjadi rutin untuk Puteri, sebelum Papa pergi kerja, akan ke halaman rumah dulu.  Kegemaran Puteri, kutip buah kacang panjang, tomato yang ranum atau apa-apa saja yang boleh dimakan dan terus makan di situ juga.  Bila Papa berkebun, Puteri pun mahu patchnya sendiri.  Sebab itulah setiap alatan yang dibeli, pasti ada alatan versi kecil yang dibeli sama.  Pueri paling gembira kalau dapat menyemai dan menyiram benih menggunakan penyiram kegemarannya.

Hari ini Puteri akan semai benih kacang panjang silver white.  Saya pilih benih ini kerana akan tumbuh dalam masa 24 jam.  Kalau semai pagi, petang dah bercambah.  Ini akan menyemarakkan lagi semgangat Puteri untuk bertanam.  Ini juga akan dapat membantu Puteri mengaitkan cambahan dengan biji benih yang disemai.

Puteri belum dapat bertutur dengan petah, tapi dah mahir berkebun.  That's my garden angel.

Puteri dengan penyodok kegemarannya.

Gaul tanah tu Puteri, gaul...

Puteri memasukkan tanah ke dalam sel seed tray.

Banyak lagi sel kosong tu Puteri.

5 ulasan:

  1. Tahniah.Idea yg.baik.Semoga tercapai segala yg di hajatkan..Amin.

    BalasPadam
  2. Comelnya! Semoga mengikut jejak langkah papanya yang berbakti pada tanah! Amat setuju dengan pendedahan awal yang diberikan - umpama backyard science!

    BalasPadam
  3. Kalau la rumah saya ada tanah luas... tiap hari makan sayur segar. eh! pokok palas tak de ke?

    BalasPadam