Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 16 November 2011

Hujan Lagi

Pagi sebelum keluar ke tempat kerja, penyangkul sedikit.  Bina patch baru untuk sayur.  Tnah dari jenis berlumpur.  Nampaknya kena kerjakan struktur tanah dulu.  Bila kira-kira jumlah cacing yang terdedah, tak banyak.  Biasanya kalau tanah subur dan kaya dengan organik, jumlah cacing banyak.  Baja organik ditabur dan tanah dibiarkan dulu supaya baja terhadam sedikit.  Lagipun tak boleh tanam terus, perlu buat penghadang dulu. Ayam, itik, dan arnab bebas berkeliaran.  Kalau tidak dipasang penghadang, pasti sayur yang disemai diratah hingga ke umbi.

Niatnya petang ni pulang awal sedikit.  Mungkin akan dapat semai benih dalam pasu dulu.  Kailan, kangkung, bawang, roselle, bendi singa, kacang panjang, sawi bak choy, salad selada, kobis cina, dan lobak putih.  Mana-mana yang sempat.  Dah lama tak merasa lobak putih goreng bawang putih.  Stok salad pun dah lama nipis.  Sejak musim hujan ni yang tinggal tanaman dalam pasu aja.

Bila tiba di rumah, langit pula mendung.  Capai aja cangkul, dum dam dum dam petir memberi amaran.  Ribut petir (elektrik) jangan bergurau.  Terpaksa menyemai di plot depan rumah aja.  Bekas semaian pun belum sempat diisi dengan tanah.  Hari ini cuma sempat semai bendi dalam tray semaian.  Hanya 33 pot dalam satu tray, satu pot semai dua biji, jadi 66 biji benih sahaja.  Satu bekas semaian disemai kailan dan satu bekas disemai dengan lobak putih.

Di plot depan rumah sempat semai bawang merah satu baris dan roselle 30 biji benih.  Harap-harap tidak dibawa air.  

InsyaAllah, besok akan sambung menyemai...   

2 ulasan:

  1. pagi ini (17/11/11) hanya sempat semai benih kangkung. Petang, hujan lagi...

    BalasPadam
  2. 18/11/11 Pulang awal sedikit. Di luar hujan, jadi semai dalam bekas semaian aja. 1 tray benih disemai kacang pancang silver white (66 biji benih), 2 bekas panjang disemai sawi pak chow, 1 bekas panjang disemai salad cina, 1 bekas panjang disemai sawi hong kong. Besok akan sambung lagi menyemai benih. :)

    BalasPadam