Inilah hasil semaian Puteri (2 1/2 tahun) sehari kemudian. Benih diletak dalam sel yang Puteri suka aja. Yang lain dibiarkan kosong. Bila saya tunjukkan sel yang kosong, Puteri buat tak dengar aja. Barangkali Puteri tak mahu Papa kacau. Dari satu tray, hanya ada 6 sel biji benih yang bercambah. Ada sel yang diletak hingga 3 biji benih.
Bila melihat kacangnya tumbuh, bukan main suka lagi Puteri. Barulah dibenarkan Papa semai sel yang selebihnya. :) Gambar menunjukkan cambahan selepas 2 hari disemai.
 |
Kacang panjang selepas sehari disemai Puteri. Perhatikan sel lain kosong. |
 |
Ada sel yang disemai sehingga 3 biji benih. |
 |
Kacang panjang mudah bercambah dan pertumbuhannya galak. Sesuai untuk melatih anak-anak menanam sayur. Perhatikan sel-sel yang kosong telah saya semai dengan biji benih yang baru. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan