Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 25 November 2011

Guna Semula - Kotak Air Minuman

Satu dari kelebihan bertanam sendiri ialah kita tidak membazir.  Banyak benda yang lazimnya dibuang boleh diguna semula jika bertanam sendiri.  Benda yang saya maksudkan ialah barang-barang pembungkus, misalnya bekas telur, botol minuman, kotak kayu, dan kotak minuman.  Puteri, anak kecil saya tidak dapat minum susu tepung biasa sebab sembelit.  Kami terpaksa beri susu dalam kotak, iaitu kotak kecil yang dikhaskan untuk kanak-kanak.  Dia minum 5 kotak satu hari, jadi setiap hari kami ada 5 kotak susu (kotak tetra-pek).  Kotak ni boleh dipulangkan ke pusat membeli belah untuk dikitar semula.  Saya mengambil keputusan untuk cuba-cuba semai benih dalam kotak ini.

Kotak dikerat dua menggunakan gunting dapur.  Satu bahagian dah ada lubang, iaitu lubang penyedut minuman.  Satu bahagian lagi tiada lubang, jadi saya buat lubang kecil dengan menggunakan gunting dapur.  Kemudian saya isikan tanah yang diambil dari tepi rumah dan saya semai dengan biji benih roselle.  Kotak diisi dalam tray dan untuk menyiram, saya isikan tray dengan air.  Jadi air memasuki kotak (sekarang dah jadi pot semaian) saya melalui lubang di bawah kotak.

Guna semula.  Kotak minuman (tetrapek) sesuai dijadikan pot.

Satu tray semaian roselle dalam pot yang dibuat dari kotak minuman.

Setiap semaian perlu dilabelkan dan dicatakan dalam buku jurnal.  Ini dapat membantu mencari kaedah terbaik untuk menghasilkan tanaman dengan butu yang terbaik.  Maklumat seperti tarikh menyemai, jenis tanah, tarikh, lokasi, tarikh mengalih, tarikh serta jenis baja dan sebagainya. 

7 ulasan:

  1. I like this idea so much!!! Nanti nak tiru lah...thanks for sharing the how-to.

    BalasPadam
  2. bernas betul idea ni.... saya plak cuba dengan bekas telur jenis kotak... tak tahu la menjadi ke tidak....kena tunggu 4-5 hari jugak ni....tapi kalau menjadi guna bekas telur, rasanya macam senang nak mengalih nanti....koyakkan je bekas telur dan tanam...

    p/s: nanti nak beli benih.... nak tambahkan lagi pokok disebelah rumah...hihihi

    BalasPadam
  3. Bagus juga idea tu. Bekas telur biodegrable. Boleh tanam terus tanpa cederakan akar anak pokok.

    P/s: Boleh, benih masih banyak.

    BalasPadam
  4. Really like the ideas. Keep it up!

    BalasPadam