Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 13 November 2011

Cahaya Pagi

Ketika kanak-kanak saya dibesarkan di kampung nelayan. Saya dikira bernasib baik kerana ayah minat berkebun.  Walaupun kebun jaraknya hampir satu jam setengah perjalanan dengan sekuter (Vespa),  balik dari mengajar, ayah akan bawa saya ke kebun.  Di situlah banyak saya belajar tentang gardening.  Banyak peraturan dan pantang larang yang diturunkan oleh ayah.  Kadang-kadang bercanggah.  Di situlah saya belajar bahawa tiada "rule" sebenar dalam gardening.  Yang ada ialah panduan yang kita perlu faham "mengapa" dan kemudian  "improvise."  Suasana di kebun tidak mungkin akan selalu berpihak kepada kita hinggakan kita boleh ikut peraturan tanpa mengambil kira faktor sekeliling.  Kita perlu faham sebab mengapa petua itu wujud dan ubah suai mengkikut keadaan.

Satu dari peraturan yang ayah minta saya patuh ialah bina batas melintang (90 darjah) kepada arah matahari naik.  Kadang-kadang dia suruh bina batas melintang arah kiblat (90 darjah kepada arah matahari jatuh).  Sama lah tu.  Syarat yang dikenakan tu sebenarnya ada benarnya.  Bila kita bina batas 90  darjah pada arah matahari naik, seluruh tumbuhan di atas batas yang sama akan menerima cahaya yang sama keamatannya, jadi pertumbuhan tumbuhan akan sekata.

Itu kalau di kebun, tanah luas.  Kalau di tepi rumah, apa-apa ruang yang ada terpaksa digunakan.  Kalau tanam di atas tanah tidak mendapat cahaya pagi, kita terpaksa fikir bagaimana untuk mendapatkannya.  Kalau tanam secara mendatar (atas tanah) tidak dapat cahaya pagi, mungkin kita boleh tanam secara menegak, mencacang kata orang Ganu.  Kalau di tepi rumah tiada cahaya yang cukup, mungkin kita boleh tanam di atas rumah.  Kalau tak boleh juga, terus aja tanam di tanah.  Bataspun tidak semestinya lurus, kita boleh buat batas melengkong, bengkang bengkok mengikut kesesuaian kawasan.  Kalau pokok tidak dapat tumbuh ke tahap maksima, tumbuh sederhana pun tidak mengapa.  Kita bertanam secara hobi bukan secara komersial.  Cukup untuk makan sendiri.  Bebas racun, rasa pun enak.


Arah bayang di waktu pagi dapat membantu kita menentukan arah cahaya matahari pagi dan membuat keputusan tentang posisi patch tanaman.

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum.Terimakasih kongsikan maklumat berharga ini.Benih sekaki, bunga mata hari dan bunga telang dah tumbuh,doakan ia berbunga banyak ye..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah akan berjaya. Kami semua yang minat bertanam doakan. :)

    BalasPadam
  3. En.Iskandar asal fr tganu ke?? mak saya pon org tganu.....:) dia minat bercucuk tanam ni...arwah abah saya pula dulu kerja kat Mardi...dia pon sama suka tanam2 pokok ni....;)

    BalasPadam
  4. Ya, saya orang Tganu. Kemaman. Sekarang melekat kat Selangor kerana sumber rezeki saya Allah dah beri kat sini. :)
    Kalau Abah dan Mak minat bertanam, pasti anak minat juga. Ayah saya, sememangnya sangat minat hingga masa lapangnya dihasbiskan di kebun.

    BalasPadam