Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 November 2011

Biak Secara Keratan Batang (Tunas), Propagation using plant cuttings

Apabila cerita tentang tumbuhan herba, saya tidak dapat lari dari satu lagi cara membiak atau menyemai tumbuhan iaitu melalui keratan (batang).  Contohnya Rosemary, Tarragon, Kesom, Limau Purut, Salam semuanya lebih cepat dibiak menggunakan keratan batang.  Pokok sayur pun begitu, contohnya Kangkung, Basella dan Ubi Keledek.  Pokok beri juga lebih mudah ditanam dengan keratan batang, misalnya Mulberi lebih cepat membesar dan berbuah jika disemai dari keratan batang berbanding jika disemai dari biji.  

Saya ada menerima beberapa permintaan dari pengunjung blog supaya memasukkan entri tentang pembiakan melalui keratan batang.  Jadi insyaAllah saya akan bincangkan tentang perkara tersebut.  Walaupun begitu, saya bukanlah seorang yang arif tentang perkara tersebut.  Semua yang akan dibincangkan adalah hasil dari cuba jaya (dan cuba gagal), pembacaan serta perbincangan dengan pembekal benih serta rakan yang mempunyai hobi yang sama.  Masa entri tersebut dibuat mungkin entah bila kerana saya juga  sibuk dengan tugas harian.  :(  Bertanam sendiri hanya sebagai hobi untuk mempastikan hanya yang terbaik disajikan kepada diri sendiri dan keluarga.  

Sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin dibincangkan melalui blog ini tetapi belum berkesempatan.  Misalnya tentang penanaman dalam bekas, tentang jenis tanah atau bagaimana memperelok tanah supaya sesuai untuk jenis sayur yang ingin ditanam, tentang baja, tentang pH, tentang kompos, tentang penanaman organik, tentang penanaman tanpa tanah (contohnya hidrophonik), tentang menghasilkan biji benih yang bermutu... Tentang sabun yang sesuai untuk mencuci tangan pekebun (buat sendiri kalau tiada yang sesuai dalam pasaran) masih lagi separuh jalan, peralatan dan bahan kimia dah tersimpan lama dalam almari. 

Tapi semuanya akan hanya bertumpu pada satu iaitu tanam sendiri makanan sebagai hobi.  Jadi, apa-apa pun yang kita bincangkan boleh diikuti oleh semua rakan yang bertanam sayur (atau bunga) di halaman rumah atau dalam pasu. Fokus saya adalah menghasilkan tuaian yang terbaik dari segi rasa, jangka masa tuaian, sihat dan selamat dimakan oleh orang biasa macam kita.  Cara yang saya bincangkan mungkin kurang sesuai untuk dipraktikkan oleh pekebun atau peladang profesional kerana mereka buat bisnes.  Keuntungan adalah perkara yang utama.

Keratan tunas yang berjaya.

4 ulasan:

  1. Mungkin ia berbeza tapi konsepnya masih sama bagi sama ada pekebun ataupun untuk suri rumah.

    Saya harap dapat membaca lagi maklumat berguna Encik. Iskandar. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Encik limau kasturi boleh tanam guna keratan batang tak?

    BalasPadam