Untuk menyelesaikan masalah ini saya dapati elok tanah disiram atau dibasahkan sebelum pokok di alih atau benih disemai. Dengan berbuat demikian, anak pokok atau biji benih kekal sebagai mana ketika mengalih atau menyemai.
Gambar berikut menunjukkan contoh aktiviti mengalih anak sawi fair lady fan pak choy.
1. Isikan bekas dengan tanah campur atau tanah kompos.
![]() |
Foto 1: Isikan tanah ke dalam bekas. |
![]() | |
Foto 2: Siram dengan air dan pastikan siraman rata dan bekas tidak menakung air. |
![]() |
Foto 3: Bina lubang tempat anak pokok akan ditanam. |
3. Alih anak pokok ke dalam lubang yang telah anda bina. Hati-hatiketikamengalih,jangan sampai akar anak pokok tercedera.
![]() |
Foto 4: Alih anak pokok ke dalam lubang yang disediakan. |
![]() |
Foto 5: Bekas selepas anak benih dialih. |
Jika anda ada membela haiwan peliharaan,misalnya kucing atau ayam, tutup tanah dengan jaring untuk melindungi anak pokok. Kucing gemar melepaskan hajat dalam bekas yang mempunyai tanah. Labelkan bekas.
(Untuk makluman rakan-rakan, gambar diambil menggunakan kamera telefon bimbit, jadi resolusinya agak rendah dan tiada resolusi tinggi disimpan dalam stok. Gambar ini tidak sesuai digunakan untuk penerbitan komersial. Sekiranya rakan-rakan perlukan imej resolusi tinggi, sila hubungi saya melalui emel. Gambar akan diambil semula menggunakan kamera beresolusi tinggi.)
emm... Maria nak beli alat pengalih anak pokok tu... tak jumpa lagi cari kat kedai hardware dgn nurseri... :(
BalasPadamMungkin kedai supply barang pertanian ada jual. Kalau tak ada dijualdaikawasan Maria, saya boleh tolong belikan.
BalasPadam