Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 22 Mei 2012

Tanam Sendiri -- Ubi Kentang, Solanum tuberosum

Ubi kentang berasal dari Amerika Selatan.  Kini ia di tanam seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. 

Jenis Tanah
Ubi kentang tumbuh subur di  dalam tanah berpasir yang berasid.  Bagaimana pun ubi kentang juga tumbuh subur dalam tanah yang lain yang kaya dengan nitrogen.  Tambahkan baja kompos yang kaya dengan organik sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menyemai ubi kentang.  Jangan sekali-kali menyemai ubi kentang di dalam tanah yang mengandungi bahan organik yeng belum terurai.

Lokasi
Lokasi terbaik untuk menanam ubi kentang ialah di kawasan yang menerima cahaya pagi tetapi terlindung sedikit, iaitu di kawasan bayang. 

Benih Ubi Kentang
Ubi kentang boleh ditanam menggunakan ubi yang telah bertunas atau biji.  Biji ubi kentang yang dijual di pasaran lazimnya bukannya biji benih yang sebenar.  Ia adalah bahagian akar yang membengkak yang akan membesar menjadi ubi kentang.  Anda juga boleh semai menggunakan ubi kentang yang telah bertunas.

Peram (Penunasan, chitting)
Sebelum menyemai benih ubi kentang dari ubi, peram ubi dengan meletakkan setiap ubi dalam bekas yang berasingan atau bekas telur dengan meletakkan tunas di bahagian atas ubi kentang.  Simpan benih di dalam rumah di tempat yang panas.   Jangan simpan di dalam peti sejuk.  Dalam masa enam minggu tunas akan membesar sehingga 2.5 cm (1 inci).  Tunas ini sedia untuk ditanam.

Kentang yang telah tumbuh tunas setelah diperam.
Menanam
Tanam di di atas batas di dalam alur atau lurah sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci) dengan jarak antara ubi bertunas 30 hingga 40 cm (1 kaki hingga 1 kaki 4 inci).  Pastikan mata tunas diletakkan menuding ke atas.  Timbus ubi bertunas sehingga kelihatan seperti busut.

Menimbus
Apabila pokok ubi kentang tumbuh, pastikan bahagian ubi ditimbus di dalam tanah.  Jangan biarkan ubi terdedah kepada cahaya.  Jika terdedah kepada cahaya kulit ubi kentang akan berukar menjadi warna hijau dan ubi tersebut menjadi beracun.  Anda boleh juga menyemai ubi kentang di dalam bekas, misalnya baldi cat yang telah dibersihkan atau di dalam beg membeli belah kitar semula.

Menuai
Tuai ubi kentang 10 hingga 14 hari selepas daunnya layu.  


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

22 ulasan:

  1. Kalau kentang di masukkan ke dalam peti ais ape jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kentang letak dalam peti ais akan beku. Bila dikeluarkan, ais akan cair dan keluar daripada kentang menyebabkan isinya kekurangan air. Kentang tersebut tidak enak dimakan. Lazimnya kentang tersebut tidak mengeluarkan mata tunas.
      Kalau ingin semai, simpan kentang di tempat yang kering pada suhu bilik.

      Padam
  2. Macamana kita tau kentang dah boleh dituai..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila bunga mula mekar atau bila pokok mula kering dan daun mula layu. Tuai 2 minggu selepas daun layu.

      Padam
  3. saya nak kongsi maklumat dari pembacaan yang tak seberapa. katanya pokok ubi kentang ni ditanam agak cetek pada mulanya, bila pokok semakin membesar, kita perlu timbus batangnya secara berperingkat... kerana ubinya terhasil di batang pokok, bukan seperti keledek yang terhasil dari akar... boleh cuba jugak ni tanam ubi kentang, tuan is dah cuba ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sebab tu ia sesuai ditanam dalam bekas.

      Padam
  4. saya juga ada terbaca pasal penanaman ubi kentang ni melalui blog orang jepun... tak silapnya kita kena buang tunas2 baru(bila pokok da besar la) untuk mengelakkan ubi menjadi kecil(istilah lain, comel...)

    lupa dari mana klik bloglist orang yang ada blog ni... sekadar tambahan sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tujuannya untuk mempastikan segala makanan yang dihasilkan dihantar ke ubi untuk disimpan. kalau berbunga, ubi kurang berisi. Saya suka biarkan bunga sebab bunganya cantik seperti bunga terung.

      Padam
  5. salam...
    nak tanya, pucuk pokok ubi kentang boleh makan ke? sebab pokok tu lembut... mna tau kut2 boleh digoreng buat sayur. tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang saya tahu ia tak boleh dimakan. Begitu juga ubi kentang yang masih hijau, tidak boleh dimakan kerana beracun.

      Padam
  6. Saya cuba tanam tapi saiz ubi kentang sebesar ibu jari kenapa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin jenis kentang, jenis apa yang digunakkan. Mungkin tanah kurang baja (nitrogen). Bagaimana dengan cahaya? Adakah ia mendapat cahaya pagi?
      Semua ini menjadi faktor saiz ubi kentang.

      Padam
  7. adakah boleh dipindah kan ke tengah panas matahri Bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketika pokok masih kecil boleh. Bila dah besar kalau cedera akar ia mati. elok tanam yang baru.

      Padam
  8. Saya tak tahu pula Malaysia boleh tanam ubi kentang. Saya ingat ubi kayu sahaja. Terima kasih tuan Is kerana membuka mata saya. *thumbs up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubi kentang antara yang mudah ditanam. Boleh tanamsendiri dalam bekas.

      Padam
  9. Saya tanam ubi kentang dalam bekas tong cat 5 liter. Mula2 ok subur dan saya tambah tanah bila pokok dah melebihi tinggi tong. Lately dua pokok daunya layu mcm kena panas. Tak tahu kenapa sbb saya letakkan dibawah porch. Hanya dapat cahaya pagi sampai jam 12. Apa nasihat en is??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda kadar penyerapan air kurang dari kadar transpirasi. Pokok kehilangan air kerana ia menyerap air kurangdaripada jumlah air yang hilang melalui transpirasi.
      Siram dengan lebih kerap tapi dengan jumlah yang sederhana, tak terlalu banyak.

      Padam
  10. Saya masih ragu-ragu mengenai ubi kentang beracun... Macam mana nak pastikan ubi kentang tersebut beracun atau tidak?
    Satu lagi,,adakah sekiranya kita termakan ubi kentang beracun,,akan membawa maut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubi kentang yang tidak tertanam sepenuhnya. Ia berwarna hijau.
      Tidak membawa maut tapi menyebabkan sakit perut.

      Padam
  11. Menarik..idea ni, byk kentang sy dh bertunas, bolehlah cuba...idea En. Is, tanam dalam bekas....

    BalasPadam