Ubi kentang berasal dari Amerika Selatan. Kini ia di tanam seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia.
Jenis Tanah
Ubi kentang tumbuh subur di dalam tanah berpasir yang berasid. Bagaimana pun ubi kentang juga tumbuh subur dalam tanah yang lain yang kaya dengan nitrogen. Tambahkan baja kompos yang kaya dengan organik sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menyemai ubi kentang. Jangan sekali-kali menyemai ubi kentang di dalam tanah yang mengandungi bahan organik yeng belum terurai.
Lokasi
Lokasi terbaik untuk menanam ubi kentang ialah di kawasan yang menerima cahaya pagi tetapi terlindung sedikit, iaitu di kawasan bayang.
Benih Ubi Kentang
Ubi kentang boleh ditanam menggunakan ubi yang telah bertunas atau biji. Biji ubi kentang yang dijual di pasaran lazimnya bukannya biji benih yang sebenar. Ia adalah bahagian akar yang membengkak yang akan membesar menjadi ubi kentang. Anda juga boleh semai menggunakan ubi kentang yang telah bertunas.
Peram (Penunasan, chitting)
Sebelum menyemai benih ubi kentang dari ubi, peram ubi dengan meletakkan setiap ubi dalam bekas yang berasingan atau bekas telur dengan meletakkan tunas di bahagian atas ubi kentang. Simpan benih di dalam rumah di tempat yang panas. Jangan simpan di dalam peti sejuk. Dalam masa enam minggu tunas akan membesar sehingga 2.5 cm (1 inci). Tunas ini sedia untuk ditanam.
MenanamKentang yang telah tumbuh tunas setelah diperam. |
Tanam di di atas batas di dalam alur atau lurah sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci) dengan jarak antara ubi bertunas 30 hingga 40 cm (1 kaki hingga 1 kaki 4 inci). Pastikan mata tunas diletakkan menuding ke atas. Timbus ubi bertunas sehingga kelihatan seperti busut.
Menimbus
Apabila pokok ubi kentang tumbuh, pastikan bahagian ubi ditimbus di dalam tanah. Jangan biarkan ubi terdedah kepada cahaya. Jika terdedah kepada cahaya kulit ubi kentang akan berukar menjadi warna hijau dan ubi tersebut menjadi beracun. Anda boleh juga menyemai ubi kentang di dalam bekas, misalnya baldi cat yang telah dibersihkan atau di dalam beg membeli belah kitar semula.
Menuai
Tuai ubi kentang 10 hingga 14 hari selepas daunnya layu.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Kalau kentang di masukkan ke dalam peti ais ape jadi
BalasPadamKalau kentang letak dalam peti ais akan beku. Bila dikeluarkan, ais akan cair dan keluar daripada kentang menyebabkan isinya kekurangan air. Kentang tersebut tidak enak dimakan. Lazimnya kentang tersebut tidak mengeluarkan mata tunas.
PadamKalau ingin semai, simpan kentang di tempat yang kering pada suhu bilik.
Macamana kita tau kentang dah boleh dituai..?
BalasPadamBila bunga mula mekar atau bila pokok mula kering dan daun mula layu. Tuai 2 minggu selepas daun layu.
PadamKenapa kena tunggu 2 minggu??
Padamsaya nak kongsi maklumat dari pembacaan yang tak seberapa. katanya pokok ubi kentang ni ditanam agak cetek pada mulanya, bila pokok semakin membesar, kita perlu timbus batangnya secara berperingkat... kerana ubinya terhasil di batang pokok, bukan seperti keledek yang terhasil dari akar... boleh cuba jugak ni tanam ubi kentang, tuan is dah cuba ke
BalasPadamBetul tu. Sebab tu ia sesuai ditanam dalam bekas.
Padammenarik ini...
Padamsaya juga ada terbaca pasal penanaman ubi kentang ni melalui blog orang jepun... tak silapnya kita kena buang tunas2 baru(bila pokok da besar la) untuk mengelakkan ubi menjadi kecil(istilah lain, comel...)
BalasPadamlupa dari mana klik bloglist orang yang ada blog ni... sekadar tambahan sahaja...
Tujuannya untuk mempastikan segala makanan yang dihasilkan dihantar ke ubi untuk disimpan. kalau berbunga, ubi kurang berisi. Saya suka biarkan bunga sebab bunganya cantik seperti bunga terung.
Padamsalam...
BalasPadamnak tanya, pucuk pokok ubi kentang boleh makan ke? sebab pokok tu lembut... mna tau kut2 boleh digoreng buat sayur. tq!
Setakat yang saya tahu ia tak boleh dimakan. Begitu juga ubi kentang yang masih hijau, tidak boleh dimakan kerana beracun.
PadamSaya cuba tanam tapi saiz ubi kentang sebesar ibu jari kenapa ye
BalasPadamMungkin jenis kentang, jenis apa yang digunakkan. Mungkin tanah kurang baja (nitrogen). Bagaimana dengan cahaya? Adakah ia mendapat cahaya pagi?
PadamSemua ini menjadi faktor saiz ubi kentang.
adakah boleh dipindah kan ke tengah panas matahri Bro?
BalasPadamKetika pokok masih kecil boleh. Bila dah besar kalau cedera akar ia mati. elok tanam yang baru.
PadamSaya tak tahu pula Malaysia boleh tanam ubi kentang. Saya ingat ubi kayu sahaja. Terima kasih tuan Is kerana membuka mata saya. *thumbs up
BalasPadamUbi kentang antara yang mudah ditanam. Boleh tanamsendiri dalam bekas.
PadamSaya tanam ubi kentang dalam bekas tong cat 5 liter. Mula2 ok subur dan saya tambah tanah bila pokok dah melebihi tinggi tong. Lately dua pokok daunya layu mcm kena panas. Tak tahu kenapa sbb saya letakkan dibawah porch. Hanya dapat cahaya pagi sampai jam 12. Apa nasihat en is??
BalasPadamItu tanda kadar penyerapan air kurang dari kadar transpirasi. Pokok kehilangan air kerana ia menyerap air kurangdaripada jumlah air yang hilang melalui transpirasi.
PadamSiram dengan lebih kerap tapi dengan jumlah yang sederhana, tak terlalu banyak.
Saya masih ragu-ragu mengenai ubi kentang beracun... Macam mana nak pastikan ubi kentang tersebut beracun atau tidak?
BalasPadamSatu lagi,,adakah sekiranya kita termakan ubi kentang beracun,,akan membawa maut?
Ubi kentang yang tidak tertanam sepenuhnya. Ia berwarna hijau.
PadamTidak membawa maut tapi menyebabkan sakit perut.
Menarik..idea ni, byk kentang sy dh bertunas, bolehlah cuba...idea En. Is, tanam dalam bekas....
BalasPadamNak tanya, Kalau nak tanam kentang mesti tanam tunas keatas kan?
BalasPadamYa, betul tu.
PadamLike..
BalasPadamAssalam.. Info yg berguna, sy baru bljr2 tanam pokok sendiri. Nnt nk try tanam ubi kentang..
BalasPadamPokok kentang boleh bertahan dgn curahan hujan lebat tak?
BalasPadamBoleh, cuma pastikan tanah tidak menakung air. Kerat daun bahagian yang bawah untuk elakkan daun daripada terkena percikan tanah dan dijangkiti penyakit.
PadamBrape lme agak² yg sesuai untuk tuai ??
BalasPadamApabila keluar bunga. Ikut keadaan. Dari pengalaman kami, lebih daripada 4 bulan.
PadamNak tanya..agak² brape lama nk tunggu pokok layu??
BalasPadamMaaf , saya x pernah menanam pokok kentang . Apkah itu menuai kentang ? Jadi maknanya selepas 2 mnggu kene ambil kentangnya ? Jadi pokoknya akan mati kah ? Maaf
BalasPadamYa, selepas diambil ubinya, pokok akan mati.
PadamSaya ada satu soalan harap tuan Is blh jwb..kalau akar terkeluar dari polibeg mcm mana nk buat ehh?? Kalau letak tempat lain blh??
BalasPadamJika terkeluar dari permukaan saya tambah tanah. Jika keluar daripada polibeg, mungkin boleh alih ke dalam polibeg yang lebih besar.
PadamOhh..terima kasih
PadamSaya pasal macamana kenal tanah nitrogen dan mengadungi baja berkompas
BalasPadamBiasanya tanah yang kaya dengan kompos berwarna kehitaman.
PadamTanah itu bercampur dgan apa ia
BalasPadamTanah yang kaya dengan kompos, misalnya tanah lom atau tanah gambut. Jika tanah liat, gaul dengan pasir dan kompos.
PadamAsslkm En Iskandar kentang yg dibeli di psar raya boleh ditanam di msia ke?
PadamADA X LADANG KENTANG DI MALAYSIA?... SY GOOGLE X JUMPA
BalasPadamkentang yg sy tanam... pd mulanya tumbuh dgn baik.. shg mencapai ketinggian+- 30cm... tapi.. keesokkannya..pangkal batang pokok jadi lembab...berlendir.. 2 hari kemudian ..pokok mati... kenapa jadi camtu ye... mohon pencerahan..
BalasPadamSalam en. Is sy nak taye adekah penanaman keledek sama dengan penanaman ubi kentang?
BalasPadamDan bile kah waktu yg sesuai untuk keledek dituai.
Menarik maklumat yang dikongsikam di sini. Harap admin tak jemu melayan soalan. Blh kami dpt info. Kalai ada page fb pun bagus
BalasPadamTerima kasih info En.Is, dah tanam kentang baru terbaca info dr blog ni, rupanya kena pasu tinggi, saya tanam dalam pasu panjang..lain kali boleh cuba
BalasPadamAssalam tuan Is.. Apa maksud tuan "Jangan sekali-kali menyemai ubi kentang di dalam tanah yang mengandungi bahan organik yang belum terurai. " boleh tuan terangkan mcm mana tanah organik belum terurai dan apa akan jadi kalau kita tanam dlm tanah begitu..
BalasPadamPerlukah kita potong ubi kentang yh bertunas tu sebelum tanam?
BalasPadamAtau buleh tanam sebiji2?