Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 2 Oktober 2011

Tanam Sendiri Labu Manis, Pumpkin, Cucurbita pepo

Pokok labu manis adalah pokok menjalar yang mempunyai sulur paut.  Ia biasanya merayap di atas tanah.  Jika terdapat pancang yang boleh dipanjat pokok labu akan memanjat menggunakan sulur paut.  Oleh kerana pokok ini pokok merayap, ia memerlukan kawasan yang luas.  Bagaimanapun saya pernah melihat orang menanam labu manis di dalam pasu besar.  Pokok labu yang ditanam boleh dituai pucuknya untuk sayur, bunga yang mekar untuk ulam dan salad dan buah untuk dimasak.  Labu manis enak dibuat sayur lemak, cucur, dan sekaya.

Buah labu manis mempunyai banyak khasiat.  Antara khasiat dalam labu termasuk tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium, beta karotina, vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan vitamin C.

Pokok labu manis memerlukan cahaya matahari dan nutrien yang banyak.  Semai di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus.  Gaulkan tanah dengan baja organik seeloknya satu minggu sebelum menyemai.

Menyemai
Semai benih labu terus di dalam tanah.  Semai benih sedalam 2.5 cm (1 inci).  Letakkan benih secara menegak dengan bahagian tajam di sebelah bawah.  Letakkan 2 atau 3 biji benih dalam satu lubanng.  Jarakkan antara benih sepanjang 1 hingga 2 m dalam semua arah.  Benih labu manis akan bercambah dalam masa 6 hingga 10 hari.  Kemudian kerat anak pokok yang lemah.  Tinggalkan anak pokok yang paling besar.

Benih labu manis.
Semai benih secara menegak dalam lubang sedalam 2.5 cm.


Sekiranya kawasan anda terdapat semut api (semut gatal), serangga tersebut mungkin akan memakan benih yang anda semai.  Elok semai di dalam bekas semaian terlebih dahulu.  Apabila anak pokok mempunyai 2 set daun baru dan akar memenuhi bekas semaian, alih anak pokok ke atas tanah.

Merumput
Merumput di peringkat awal pertumbuhan anak pokok labu manis.  Apabila ia telah membesar, daun pokok labu yang besar akan menghalan rumpai dari tumbuh subur.

Menyiram
Pokok labu manis memerlukan air yang banyak.  Siram setiap hari di musim kering.

Membaja
Pokok labu manis memerlukan nutrien yang banyak terutamanya nitrogen.  Tambah baja 2 minggu selepas menyemai dan kemudian setiap 3 minggu.

Mendebunga
Bunga jantan dan bunga betina labu manis adalah berasingan.  Anda mungin perlu menjalankan pendebungaan secara manual.  Bunga betina yang tidak didebunga akan luruh.  Ketika buna betina sedang mekar, sentuh potongan stamen yang mengandungi debunga dari bunga jantan ke stigma bunga bebtina.  Kemudian ikat kelopak bunga betina untuk mengelakkan lalat buah bertelur di dalam bunga dan merosakkan buah labu manis.  Lihat posting tentang pendebungaan labu manis.

Bunga jantan menghasilkan debunga untuk disenyawakan pada bunga betina.  Bunga betina yang disenyawakan akan menjadi buah labu manis.

Memangkas (Pruning)
Potong batang pucuk labu 2 helai daun dari buah muda untuk mempastikan nutrien yang terhasil dihantar ke buah labu sepenuhnya.  Ini juga menjadikan pokok labu tumbuh merimbun.
 
 

Buah labu.


Buah labu dari pokok yang sama kelihatan berbeza kerana didebunga dari bunga jantan pokok yang berbeza.
Menuai
Tuai buah setelah pokok kelihatan tua dan hampir kering.  Anda juga boleh tuai pucuk disepanjang pokok hidup subur untuk dimasak sebagai sayur dan bunga labu manis juga enak dibuat salad.

27 ulasan:

  1. Tuan, boleh link kat sini cara nak pollinated labu/timun secara manual? dah puas klik sana sini tp x jumpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ VM! Benih labu & timun dr tuan dulu tu sy bazirkan begitu jer.. 1st batch tanam mmg dah subur byk bunga tapi kesemuanya x berbuah & gugur..dah tau kaedah ni confident nak tanam 2nd time.

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan, macam mana saya nak dapatkan biji benih labu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Boleh dapatkan dari blog ini.

      Padam
  3. Tuan,
    Pokok labu manis yang saya tanam dalam bulan May sudah menjalar sepanjang lebih kurang 6 kaki dan saya khuatir tak cukup tempat untuk ia menjalar. Maka, saya berharap tuan boleh tolong advise soalan-soalan berikut:
    1. Berapa panjang pokok labu akan menjalar?
    2. Perlukah saya memotong pucuknya kalau terlalu panjang?
    3. Berapa lama ia akan berbunga?
    Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Sejauh mungkin mengikut persekitaran. Kalau kawasan lua ia akan merayap jauh kerata rantingnya berupaya mengeluarkan akar.
      2.Jika perlu pokok rimbun, potong pucuknya. Pucuk labu enak dimasak sayur lemak.
      3. 3 hingga 4 bulan pokok akan berbunga. Ada yang lebih cepat, ikut jenis.

      Padam
  4. Assalamualaikum,
    En.Iskandar ade jual tak bibit cendawan tiram?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni belum lagi. Mungkin di masa yang akan datang.

      Padam
  5. Salam. En is bekalkan benih labu manis secara borong tak? Hubungi sy 013-6617978 atau nadiasyazana.mz@gmail.com

    BalasPadam
  6. Assalam en.. tq sgt2 tuk info ni. Sya sgt berminat setelah baca aritikal tuan.. semoga Allah murah kn rezki tuk kita sume.. insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Alhamdulillah blog dimanfaatkan. Terima kasih kembali.

      Padam
  7. labu yang saya tanam buahnya xnak lekat. menjadi kuning dan busuk.kenapa tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin telah disuntik serangga. Isi ada ulat tak?pasti

      Padam
  8. malam pak iskandar, saya ada lahan 1 ha bekas ladang kopi di daerah pegunungan, tapi sudah dipotong tinggal akar, tapi tak terawat, dan saya kurang modal utk membajak nya,katanya labu bisa ditanam liar gitu, tanahnya tidak perlu dibajak apa betul ya pak iskandar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Dalam lubang bakal ditanam, gaulkan dengan baja organik.

      Padam
  9. Salam. Tuan,
    1. Adakah labu manis sesuai ditanam dengan tanah yang bercampur dengan tahi lembu kering?

    2. Apa pendapat tuan jika di tanam dalam poly beg?

    3. Berapa jarak yang sesuai antara setiap satu tanaman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Boleh, amat sesuai.
      2. Boleh, gunakan saiz yang besar.
      3. 3 hingga 4 kaki.

      Padam
  10. labu baru mula berbunga..tetapi tangkai bunga layu dan buruk, lalu jatuh ke tanah.

    BalasPadam
  11. apa yang menyebabkan bunga itu mati?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga jantan akan mekar dan layu pada hari yang sama. Bunga betina akan gugur jika gagal disenyawa melalui proses pendebungaan.

      Padam
  12. anak buah labu manis dan pucuk bunga sudah pun kelihatan, saya keliru waktu bila kah untuk disenyawakan sedangkan ia sudah menjadi buah,kenapa perlu disenyawakan lagi ...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya dah menjadi buah tak perlu disenyawa lagi. Yang perlu disenyawa ialah bunga, bukannya buah.

      Padam
  13. Salam cik...ape perbezaan bunga jantan dan bunga betina...ripa kedua2 bunga nie same x...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Armard Firdaus,
      Rupanya tak sama. Bunga betina ada buah kecil pada pangkalnya.

      Padam