Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Tanam Sendiri -- Kacang Pea, Pisum sativum

Tanam Kacang Pea (Garden Pea atau Sweet Pea), Pisum sativum
Pea adalah contoh tumbuhan yang benar-benar dapat dinikmati oleh orang yang tanam sendiri.  Kacang pea yang baru dipetik langsung tidak sama dengan kacang yang dibeli di pasaraya atau di pasar.

Apabila anda petik kacang pea, gula yang terkandung di dalam biji kacang akan mula ditukar menjadi kanji.  Jadi rasa kacang pea juga mula berubah dari manis kepada kurang manis.  Tidak hairanlah ada pasaraya di negara maju menjual kacang pea bersama pokok di dalam bekas.

Kebiasaannya kacang pea dikeluarkan dari pod untuk dimakan kecuali sweet pea dan beberapa jenis pea lagi yang mempunyai pod yang lembut dan tidak berserat.  Pucuk kacang pea juga enak dimakan.


Lokasi
Kacang pea sesuai ditanam di kawasan yang mendapat cahaya matahari tetapi tidak sepenuhnya.  Maksudnya ia sesuai ditanam di tempat teduh yang mendapat cahaya matahhari pagi.

Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik.  Seeloknya, gaulkan tanah dengan kompos atau baja organik kira-kira 2 minggu sebelum menyemai.


Menyemai Benih
Semai benih terus ke dalam tanah sedalam 4 hingga 5 cm (1 1/2 hingga 2 inci) dan jarakkan antara benih kira-kira 5 cm (2 inci).  Walaupun begitu, saya dapati semut amat gemarkan benih kacang pea yang baru tumbuh.  Semaian saya gagal beberapa kali kerana benih kacang pea yang baru bercambah dimakan semut.
Oleh itu saya syorkan rakan-rakan agar semai benih di dalam bekas terlebih dahulu.  Semai dari bekas dan simpan bekas tersebut di tempat yang bebas dari semut.  Apabila akar telah memenuhi bekas, alih ke tanah dengan jarak 5 cm (2 inci) antara anak pokok.

Menyiram
Di musim kering, siram pokok sekurang-kurangnya sekali sehari.

Merumput
Merumput selalu untuk pastikan tiada rumpai yang tumbuh untuk mengelakkan persaingan nutrien dan air.

Kayu Pancang
Pokok kacang pea adalah poikok yang memanjat menggunakan sulur paut.  Pasang pancang kayu untuk membantu pokok tumbuh dengan selesa.  Jika tanam dalam bekas, gunakan bekas yang besar dan letakkan pancang atau dawai khas yang dijual untuk pokok memanjat.

Menuai
Kacang pea boleh dituai selepas tiga bulan benih disemai.  Untuk galakkan lebih banyak hasil tuaian, patahkan pucuk utama supaya tunas baru tumbuh di sepanjang batang pokok.  Pucuk kacang pea juga enak dimakan sebagai ulam dan salad.  Pod kacang pea elok dituai ketika muda kerana kacang yang muda manis rasanya.  Seeloknya terus memasak kacang yang dipetik.  Jika perlu simpan lama, terus simpan kacang dalam peti sejuk dan bekukan kacang tersebut.


Kacang Pea Sebagai Hiasan
Pokok kacang pea juga menghasilkan bungga yang catik.  Kalau ditanam dalam pasu, ia akan tumbuh merimbun sambil memanjat pancang yang anda bina.  Pokok kacang pea  dalam pasu amat cantik dan sesuai dijadikan hiasan di halaman rumah.



15 ulasan:

  1. Salam,

    En.Is tak jual ke benih untuk kacang pea? Kalau ada war2 kan ya stock untuk kacang pea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tapi jumlahnya terhad. Sebab itu ia dikeluarkan daripada senarai. Saya simpankan untuk Shiro82 2 pek.

      Padam
  2. Ok,terima kasih. Nanti dah cukup sekali dengan benih lain saya buat payment.

    Tq

    BalasPadam
  3. Ada lagi ke benih tu? Nak beli 2 pek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang sweet pea dan garden pea telah kehabisan stok. Orang terakhir dapat benih tersebut ialah shiro82. Nanti bila saya dapat stok yang baru saya akan beritahu melalui blog.

      Padam
  4. Assalamualaikum.
    Saya pun nak gak. harap dpt maklumkan kalau ada stok.
    Terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam, saya belum dapat stok baru. Bila dapat saya akan beritahu.

      Padam
  5. masih adakah kacang pea tu

    BalasPadam
  6. Salam En Is benih kacah pea masih tiada stok ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru-baru ni ada dapat stok baru. Belum sempat disenaraikan semula, dah habis dipesan. Saya akan pesan lagi dari pembekal.

      Padam
  7. soalan yg sama.. hehe.. sy pun nak.. en is, minta tlg simpan ye.. tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah bila dapat batch baru saya akan simpankan.

      Padam
  8. En Is,
    Patutlah saya cari Pea dalam senarai sebelah kanan tu takde... Fofular rupa2nya.

    Next "shipment" saya nk book ya? At least utk 3 org (3 set lah... saya dan 2 org rakan saya)

    BalasPadam