Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 27 Oktober 2011

Tanam Sendiri -- Kacang Buncis, Pole Bean, Phaselus vulgaris

Kacang buncis adalah antara tumbuhan yang mudah ditanam.  Tumbuhan ini amat sesuai untuk pekebun baru dan kanak-kanak.  Kacang buncis cepat bercambah dan dapat dituai dalam masa yang singkat.

Tanam pada lokasi yang mendapat cahaya matahari pagi dengan saliran yang baik.  Sebelum menyemai, campurkan tanah kompos atau baja organik hingga kira-kira 2.5 cm atau 1 inci ke atas tanah. 

Semai benih ke dalam lubang sedalam 2 hingga 3 cm (1 inci) di atas batas dengan jarak 60 cm (2 kaki) di antara baris.  Jarakkan benih 12 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci).  Siram untuk lembapkan tanah.  Benih akan bercambah antara dua hingga empat hari. 

Apabila cambahan mencapai 20 cm (8 inci) dan sedia untuk memanjat, pasangkan pancang.  Pokok kacang buncis adalah tumbuhan yang memanjat.  Tutup permukaan tanah dengan bahan kompos atau rumpai yang kering untuk membunuh rumpai.

Jika anda ingin mendapatkan buah yang tidak putus-putus, sema benih kacang bncis setiap 2 minggu.

Baja dengan baja organik atau air ikan kira-kira dua minggu sekali.  Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.  Ketika cambahan belum mencecah 15 cm (6 inci), merumput selalu untuk mempastikan tiada persaingan cahaya antara pokok kacang buncis dengan rumpai.

Untuk menghasilkan pokok kacang buncis yang bercabang, patahkan pucuk utama apabula pokok mencapai ketinggian 45 cm (18 inci).

Pokok kacang buncis akan mula berbuah kira-ira 40 hari selepas disemai.  Tuai buah apabila ia mencapai 12 cm (5 inci) hingga 12 cm (8 inci).


7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. en is..biji benih kacang buncis perlu direndam terlebih dahulu ke?

    BalasPadam
  3. En Is. Yang mana satu pucuk utama kscang buncis?

    BalasPadam
  4. bagaimana nak dptkan buah yg byk? blh bagi tips jenis baja yg perlu ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya syorkan baja organik. Jika guna baja kimia, pilih baja khas untuk bunga. Tapi mesti guna sukatan yang disyorkan pada label baja.

      Padam
  5. salam en.Is....saya nak tanya kenapa pokok kacang buncis layu...mula2 daun lepas tu btg dan kemudia mati terus.....pokok belum sempat berbunga...

    BalasPadam