Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 16 Oktober 2011

Semaian Baru -- Bunga Matahari

Cambahan benih bunga matahari pada hari ke 3 selepas disemai.
Benih bunga matahari telah disemai pada 13/10/11 menggunakan pasu plastik dan tanah campuran.  Tanda-tanda pertumbuhan kelihatan pada dari ke 2 iaitu pada 15/10/11.  Pada hari ke 3, benih telah melonjak keluar dari pasu.

Pada hari ke 5, set dau pertama telah kembang dan pertumbuhan terus berlaku.  Batch benih kali ini bukan sahaja bercambah dengan cepat malah pertumbuhan cambahan juga amat galak.

Cambahan di hari ke 5.

7 ulasan:

  1. salam tn/pn..

    lari dr tajuk posting..saya ada tanam pokok cili..
    setelah dapat merasa sebiji buah cili..lepas tu pokok xberbuah2 lg...bunga banyak yg tumbuh tp bila kering terus gugur...

    kenapa ya? adakah sebab baja atau suhu..untuk makluman saya tanam pokok cili ni dlm pasu dan letak di dalam rumah di jerman...

    BalasPadam
  2. Cili atau lada adalah tumbuhan yang gemarkan haba dan cahaya suria. Ia tahan dalam tanah dengan suhu tanah 21 darjah Celcius (70F) atau 16 darjah celsius (60F) di waktu malam. Tumbuhan ini juga perlukan banyak nutrien terutamanya Nitrogen, fosforus dan kalium.
    Kalau pokok telah berbunga dan pokok ditanam di dalam rumah, saya anggapkan suhu dan nutrien adalah mencukupi. Masalah yang mungkin timbul adalah kekurangan cahaya suria atau bunga yang keluar tidak didebunga. Cili biasanya didebunga oleh serangga atau angin. Tanpa seranga (pollinator) atau angin bunga gagal disenyawa dan luruh. Untuk bunga seterusnya, cuba debunga secara manual. Gunakan putik kapas, sentuh bahagian stamen dan kemudian sentuh bahagian stigma.

    BalasPadam
  3. orait terima kasih atas info yg di berikan....

    BalasPadam
  4. Salam,

    Terima kasih En. Iskandar di atas penghantaran sunflower seeds hari tu. Sekarang ni pokoknya tengah hidup subur dan sunflower saya dan mula berbunga beberapa hari yang lalu. Happy melihat warna bunganya yang terang.
    Dari pengamatan saya, sunflower lebih sesuai di tanam terus di atas tanah compare dalam pasu. saya ada tanam di dalam pasu dan di atas tanah. Yang di tanah lebih subur compare yang di dalam pasu. Mungkin medium pasu itu agak kecil untuk akar berkembang.
    Selain itu saya juga kerap menjirus air ikan,air beras untuk pokok2 saya. Semua hidup subur.

    Thanks ya. Kalau ada lagi benih sunnflower yang terbaru beritahu ya.

    BalasPadam
  5. Waalaikum salam Azreen Afiza,
    Sama-sama. Ya saya setuju, kalau tanam atas tanah lebih sesuai. Tidak perlu disiram dengan kerap seperti bertanam dalam bekas. Nanti boleh lah share share gambar bunga matahari.
    Ada pokok bunga matahari depan rumah, rumah nampak ceria.

    BalasPadam
  6. Salam En. Iskandar,

    kawan saya kata bunga matahari boleh attract lebah & serangga lain. betul ke? dulu dia kata dia ada tanam banyak sunflower tetapi lebah dah berkoloni kat rumah dia. so terpaksa hapuskan semua pokok tu.
    tetapi mmg betul.. rumah nampak berseri ada sunflower. hati juga berkembang riang tengok mekarnya dia berbunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga matahari menjadi kegemaran kanak-kanak secara semulajadi. Ketika berbunga, laman rumah nampak berseri.

      Padam