Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pucuk Moringa dijadikan makanan ternakan?

Dari bahan bacaan, pokok Moringa dikatakan adalah penyelamat ketika perang dunia ke 2.  Ketika itu orang kebuluran kerana makanan ruji tidak sampai ke semua tempat dan makanan dicatu.  Di India ramai mula mati akibat kebuluran.  Untuk menyelamatkan nyawa orang mula berkongsi batang pokok moringa untuk dicucuk tanam (propagate).  Pokok moringa mudah ditanam, pertumbuhannya galak dan setiap bahagian pokok boleh dimakan.  Ini termasuk pucuk, daun, bunga, buah dan akar.  Akar Moringa digunakan untuk menggantikan sayur horseradish kerana rasanya yang seakan-akan.

Di kedai-kedai kesihatan daun moringa dijadikan serbuk untuk dimakan sebagai supplement dalam bentuk kapsul kerana ia dapat membantu ibu-ibu menghasilkan lebih banyak susu.  Satu botol kecil dijual dengan harga hampir RM150!

Selain dari menanam saya ada juga membela beberapa ekor ayam belanda, itik dan angsa sebagai hobi.  Niatnya, kalau anak-anak berkumpul di hujung minggu ada juga sesuatu untuk dipanggang (barbeque).  Apa yang saya perhatikan, dari segi perbelanjaan makanan, haiwan ternakan ni tak viable langsung.  Maksud saya, harga makanannya agak mahal.  Tak berbaloi jika dibandingkan dengan berat haiwan setelah disembelih nanti.  Elok beli daging di pasar aja, jauh lebih murah.  Nasib baik ada jiran yang bekerja kedai makan yang pulang dari kerja membawa nasi yang tidak habis untuk diberi makan pada haiwan tersebut.

Terlintas juga, bagaimana kalau ruang-ruang kosong di sekitar taman saya pergi cucuk aja batang moringa?  Jiran-jiran dapat kutip bunga dan buah untuk kari.  Saya dapat kutip daun, selain dijadikan sayur, dapat direbus dan dicampur lebihan sayur yang lain untuk diberi makan haiwan ternakan.  Makanan tersebut pasti kaya dengan protein.  Lagi pun lebihan daun tersebut boleh dijadikan kompos.  Green manure, dalam bahasa Inggeris.  Baja percuma kata orang kampung macam saya. :)

Cara ini memang dipraktikkan di kampung tempat saya dibesarkan.  Ibu saudara saya membiarkan keladi tumbuh melata di tepi sungai.  Ubi diambil untuk makan.  Batang keladi direbus bersama lebihan nasi, pucuk kayu, sisa udang dan ikan dari sungai direbus dengan sedikit garam dalam kawah besar.  Hasilnya, makanan berkhasiat untuk santapan itik di sebelah petang.   Upahnya, bangun pagi bergoleh telur itik di bawah rumah. :)

Pucuk Moringa kaya dengan protein.

5 ulasan:

  1. Cadangan encik Iskandar memang bernas. Lebih baik kita berbakti kepada tanah. Lagipun moringa ni berasal dari keluarga Leguminosase. Jadi tak perlu risau mengenai baja N. Malah dapat mengayakan lagi tanah sekitarnya.

    Kalau ada resipi tu, boleh juga dikongsi bersama sebab saya hanya tahu buat kari dengan kacang moringa sahaja.

    BalasPadam
  2. Salam, suami saya dah beberapa kali tanam keratan batang pokok ni tapi asyik mati je after keluar pucuk for a while. Encik Iskandar tulis macam senang je tumbuh...or is it something is wrong with our soil? our backyard garden tu tanah dia very rich with organic matters dan macam menakung air skit bila hujan.

    BalasPadam
  3. Tanah yang kaya dengan organik memang elok untuk moringa. Tapi pokok ini tidak tahan air bertakung. Nor perlu tanam di kawasan yang elok salirannya. Kalau tanah menakung air, elok selesaikan masalah saliran terlebih dahulu.

    BalasPadam
  4. Boleh saya tahu, pokok Moringa ini tahan tak kena ratun? Di rumah saya ia mula meninggi lebih dari 3 meter. Susah saya nak menuai daun dan pucuknya. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ia memang patut dipangkas selalu. Saya kekalkan batang utama setakat 2 kaki dan pangkas setiap bulan.

      Padam