Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 6 Oktober 2011

Projek Musim Hujan

Apa nak buat sekarang, setiap petang bila dah free, hujan pula.Kalau selalu macam ini, elok ubah cara aktiviti berkebun.  Bulan ii aktiviti berkebun akan bertumpu kepada aktiviti dalam rumah dan menanam dalam bekas.

Hujan setiap hari, aktiviti di luar terbantut.
Untuk projek seterusnya saya akan menyemai benih serta menanam keratan batang untuk ditanam ke dalam pasu.  Aktiviti akan tertumpu kepada empat projek.

1.  Menyemai benih menggunakan perkakasan serta baja yang diperolehi secara komersial.
2.  Menyemai benih menggunakan perkakasan serta baja yang disediakan sendiri.
3. Menyemai pokok secara propagasi menggunakan perkakasan yang diperolehi secara komersial.
4. Menyemai pokok secara propagasi menggunakan perkakasan yang disediakan sendiri.

Saya telah mendapatkan beberapa produk dari kedai gardening.  Antara produk yang saya perolehi ialah pasu tanah gambut (peat pot), pasu biobolehterurai (biodegradable), pasu pemula benih (seed starterpot), pasu plastik dan tray penyemai.  Saya juga telah membeli baja guano, tanak kompos untuk semaian, serbuk hormon penggalak pertumbuhan akar dan gel penggalak pertumbuhan akar.

Diharapkan saya dapat menghasilkan banyak anak pokok yang akan dialih ke dalam pasu dan insyaAllah apabila tiba masanya nanti akan dapat menuai sayur seperti biasa tetapi kali ini dari tumbuhan yang ditanam di dalam bekas.

Perkakasan menyemai, tanah, baja dan hormon penggalak pertumbuhan akar yang boleh diperolehi di kedai gardening.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan