Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 2 November 2011

Nutrien Tumbuhan – Bahagian 18 dari 20

Zink
Zink diperlukan dalam penghasilan klorofil, protein, enzim dan untuk pembahagian sel.  

Tanda-tanda Kekurangan Zink
Pertumbuhan yang terbantut, bintik-bintik warna yang lusuh pada daun tua bermula dari urat daun. Mungkin terdapat lesi nekrotik serta daun yang erot dengan saiz daun yang kecil dengan jarak antara daun yang pendek.  

Kesan Terlebih Zink
Terlalu banyak zink adalah toksik kepada tumbuhan. Kandungan zink adalah tinggi dalam mendapan air longkang.  

Sebab Kekurangan Zink
Zink lazimnya tidak dapat dicapai oleh tumbuhan dalam tanah beralkali kerana zink boleh dicapai dalam tanah berasid iaitu pH antara 4.0 hingga 5.5. Ini mengkin disebabkan oleh terlebih mencampur kapur ke dalam tanah.  

Sumber Zink 
 Zink ditambah ke dalam tanah dengan mencampurkan kompos, tinja atau batu fosfat. Molibdenum Molibdenum digunakan dalam bakteria sehidup (symbiotic) untuk mengikat nitrogen serta untuk membina protein dan menyerap nitrogen,

Tanda-tanda Kekurangan Molibdenum
Molibdenum jarang menunjukkan tanda kekurangan dan sukar dikenal pasti. Daun muda menjadi pucat, bergulung dan erot. Sisis daun menjadi perang dan mati. Tompok-tompok lutcahaya mungkin terbentuk di sekitar tetulang tengah daun. Bentuk daun mungkin menjadi lonjong dan daun tua juga mungkin menjadi pucat.

Sebab Kekurangan Molibdenum
Molibdenum wujud dalam semua jenis tanah dan hanya diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit. Bagaimanapun jika kekurangan berlaku, pokok tersebut tidak boleh diselamatkan. Sebab yang lazim kekurangan molybdenum adalah tanah yang terlalu beasid. Tingkatkan pH tanah ke 6.0 atau lebih untuk tingkatkan keupayaan tumbuhan menperolehi molibdenum.

Sumber Molibdenum
Tambahkan rumpai laut ke dalam tanah.

2 ulasan:

  1. en iskandar jika ada kelapangan...masukkn sekali gambar pokok ataw daun yang berpengyakit...sebb dr huraian...sukar untuk saya membayangkan...bagaiman pokok yg terkene jangkitan yg dimaksudkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan mula kumpul gambar daun berpenyakit dan akan upload untuk rujukan.

      Padam