Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Nutrien Tumbuhan – Bahagian 13 dari 20

Kalsium 
Kalsium amat penting untuk tumbuhan. Kita tidak sedar tumbuhan amat memerlukannya kerana jarang berlaku kekurangan kalsium dalam tumbuhan. Mengapa Kalsium Diperlukan? Kalsium diperlukan oleh tumbuhan untuk membantu menyerap nitrogen. Kalsium juga diperlukan untuk membina protein, pertumbuhan meristem, aktiviti enzim, menutralkan toksid dan untuk menyerap fosforus dan kalium. Kalsium juga penting untuk membina dinding sel yang boleh dilalui air dan membuatkan tumbuhan yang dituai tahan lama jika disimpan. Tanda 

Kekurangan Kalsium
Tunas bengkok seperti cankuk dan mati. Hujung pucuk daun juga kelihatan seperti melecur. Pertumbuhan akar juga terbantutu.

Sebab Kekurangan Kalsium
Tanah beralkali kaya dengan kalsium. Biasanya tanah dengan pH 6.5 hingga 8.5 kaya dengan kalsium. Tanah berasid yang dirawat dengan menabur serbuk kapur juga kaya dengan kalsium. Tanah kekurangan kalsium kerana nutrium ini dibawa air terutama di musim hujan. Ini kerana kalsium karbonat (bahan yang mengandungi kalsium dalam tanah) larut di dalam air.

Kesimbangan Nutrien
Kalsium, magnesium dan kalium perlu seimbang untuk kesihatan tumbuhan.  

Cara Menambah Kalsium
Tambahkan kapur. Ini akan mengurangkan keasidan tanah dan menambah kalsium. Jika anda tidak mahu kurangkan keasidan tanah, tambah kompos yang diperkaya dengan kulit telur yang telah dilumatkan.

2 ulasan:

  1. Tanda kekurangan kalsium juga dapat dilihat pada buah. Buah lembut dan mudah diserang penyakit. Contoh terbaik adalah betik. Dapat lihat pusaran pada betik jika betik itu kekurangan kalsium.

    Dan pH yang terbaik pada tanah untuk tanaman tropika adalah 5.5-6.5 pH. kurang atau lebih akan membawa kesan pada tanaman terutamanya tanaman sayur.

    Buah yang kekurangan kalsium juga tak boleh disimpan lama kerana mudah busuk.

    Ini berdasarkan apa yang saya dapat dari pensyarah saya. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Sdr IWong. Maklumat yang berguna.

    BalasPadam