Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 12 dari 20

Sulfur
Kebanyakan tumbuhan memerlukan suulfur dalam kuantiti yang banyak.  Ini kerana sulfur diperlukan untuk membina klorofil, sejenis bahan yang digunakan dalam proses membuat makanan dalam tumbuhan hijau.  Proses ini dikenali sebagai proses fotosintesis. Sulfur juga digunakan untuk membina vitamin, enzim, hormon dan amino asid (bahan asas untuk membina protein).  Nutrien ini juga diperlukan dalam pertumbuhan akar.

Kesan Kekurangan Sulfur
Kesan kekurangan sulfur kelihatan seakan-akan kesan kekurangan nitrogen iaitu bahagian sekitar urat daun menjadi kuning dan daun mula kerinting.  Kebiasaannya pokok akan mati kerana sulfur tidak mudah alih di dalam tumbuhan.  Kalau pokok tersebut hidup, ia akan terbantut dan lambat mengeluarkan hasil.

Sebab Kekurangan Sulfur
Kebiasaannya tanah mengandungi sulfur yang secukupnya untuk tumbuhan.  Bagaimana pun, sulfur mudah dibawa air, jadi tanah yang ringan boleh kekurangan sulfur.

Sumber Sulfur
Bahan organik, misalnya kompos kaya dengan sulfur.  Garam epsom juga mengandungi sulfur.  Air hujan yang tercemar mengandungi asid sulfurik, juga mengandungi sulfur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan