Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 11 dari 20

Magnesium
Magnesium dikenali sebagai nutrien sekunder, sebab ia diperlukan sebagai pelengkap nutrien lain yang dikenali sebagai nutrien primer.  Tanah liat kaya dengan magnesium iaitu sehingga 0.5%.  Ia boleh diserap oleh tumbuhan melalui sebatian asid organik dan asid yang lain.  Masalahnya, magnesium mudah dilarutkan air.  Oleh sebab itu tanah berpasir lazimnya kekurangan magnesium.

Kegunaan Magnesium
Magnesium digunakan untuk membina klorofil, iaitu bahan hijau dalam daun yang digunakan dalam proses fotosintesis.  Magnesium juga penting dalam proses metabolisma fosforus dan aktiviti enzim.

Kesan Kekurangan Magnesium
Kesannya kurang ketara kecuali pada daun yang tua.  Pertumbuhan pokok agak terbantut dan jumlah tuaian berkurang.  Daun tua menjadi kekuningan terutamanya pada sempadan urat-urat daun.  Ia bertukar menjadi kemerahan dan menyebabkan daun tua bergulung ke atas dan luruh.

Faktor Kekurangan Magnesium
Luluhawa.  magnesium larut dan dibawa air.  Ini amat ketara dalam tanah beris dan tanah berpasir.  Tanah berasid juga menyebabkan magnesium berkurang kerana magnesium melekat pada asid.  Untuk selesaikan masalah ini, kurangkan keasidan tanah. (akan dibincangkan kemudian).  Ketidakseimbangan nutrien juga menjadi faktor kekurangan magnesium.  Apabila kalium dan kalsium terlalu banyak, pokok gagal menyerap magnesium secukupnya.

Sumber Magnesium
Baja kompos organik dari tinja haiwan ternakan, kapur (dolomite lime) dan garam epsom (magnesium sulfat, MgSO4).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan