Saya juga syorkan supaya anda labelkan atau tanda semua bekas tanaman untuk
rujukan di masa depan. Kemudian simpan jurnal atau catatan tentang
tumbuhan tersebut, misalnya maklumat jenis tumbuhan, jenis atau sumber
tanah, tarikh dan masa menyemai, tarikh dan masa mula bercambah, tarikh
mengalih, tarikh membaja serta jenis baja yang digunakan amat berguna
untuk anda hasilkan tumbuhan yang lebih elok di masa akan datang.
Saya
faham, jarang rakan yang menanam membuat catatan atau menyimpan
jurnal. Ini kerana ia kelihatan seperti cerewet. Bagaimanapun, maklumat tersebut penting supaya anda dapat mencari kaedah
untuk menghasilkan tuaian terbaik. Sekiranya anda tidak membuat
catatan, masa yang diambil untuk mencari kaedah yang terbaik akan
mengambil masa yang lebih lama.
Catatan tidak semestinya dalam buku yang fancy. Saya gunakan buku latihan sekolah yang dilipat dibalut dalam plastik. Kalau merasakan bawa jurnal cerewet, anda boleh gunakan buku kecil misalnya buku tiga lima. Apa-apa pun elok buat catatan.
betul... sependapat dgn En.Is... Maria baru belajar memulakan... nak letak 'nametag' pada semua pokok supaya mudah utk anak2 kenal dan Maria pun tak lupa / keliru dgn sesetengah herba yg ada...
BalasPadambuat jurnal yg tu mmg leceh sket sbb baru mula praktik - asyik lupa je buku tinggal dlm rumah... hihihi
En.Is, Maria ada pokok pemberian org yg Maria tak kenal... klu sudi singgah sini : http://ejamaria.blogspot.com/2011/09/entry-khas.html
*Maria tak dapat info lagi pasal pokok No.1... TQ
Saya dah lihat pokok tu. Pernah tanam pun tapi saya sendiri pun tak pasti namanya. Nanti kalau terjumpa saya akan beritahu.
BalasPadam