Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 6 Oktober 2011

Menyemai Benih Tetapi Tidak Tumbuh -- Bahagian 5 dari 6

Mengeringkan Biji Benih
Keringkan biji benih dengan menjemur di tempat yang tidak kena cahaya matahari secara terus.  Seeloknya tutup benih dengan kertas dan jemur.  Apabila benih telah kering simpan di dalam bekas yang kedap udara.  Balang dengan tutup bersekeru (misalnya balang jem) amat sesuai digunakan.

Kemudian sukat gel silika yang terpelaku (treated) dengan kobalt klorida.  Gel yang kering berwarna biru.  Gunakan jumlah gel silika sama dengan isipadu biji benih.  Masukkan gel silika ke dalam bekas benih, tutup rapat dan goncangkan.  Jika terdapat lembapan dalam bekas, warna gel silika akan berubah dari biru kepada putih.  Kelurakan gel dan masukkan gel yang baru.  Ulangi langkah ini sehingga gel silika tidak lagi berubah warna.  Gel yang bertukar menjadi putih boleh diguna semula.  Anda cuma perlu keringkan (dengan memanaskan gel silika) sehingga ia kembali berwarna biru.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan