Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Menyemai Benih Tetapi Tidak Tumbuh -- Bahagian 6 dari 6

Bekas Menyimpan Biji Benih
Anda boleh gunakan mana-mana bekas yang kedap udara untuk menyimpan biji benih.  Benih tidak tahan selamanya.  Sampa masa ia akan mati.  Apa lagi kalau disimpan pada suhu bilik dengan lembapan yang tinggi.  Senarai berikut menunjukkan purata ketahanan benih jika disimpan pada suhu bilik dengan lembapan yang tinggi sebagaimana keadaan udara di negara kita.

Kemangin/selasih (basil) 3 tahun
Kacang buncis 4 tahun
Kobis 5 tahun
Lobak merah 3 tahun
Kobis cina 5 tahun
Kucai 2 tahun
Jagung 2 tahun
Mentimun 5 tahun
Terung 4 tahun
Kailan 5 tahun
Salad 5 tahun
Sawi 4 tahun
Bendi 3 tahun
Cili 4 tahun
Lobak putih 4 tahun
Tomato 5 tahun

Untuk simpan benih supaya tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk.

2 ulasan:

  1. benih kailan saya disemai 3 hari lepas, tetapi tidak tumbuh tumbuh. Saya guna tanah dibeli dari pusat beli belah komposisi tanah macam.habuk papan, serat sabut dab peroi. Adakah .tanah penyebabnya?

    BalasPadam
  2. Kalau tanah hitam (bakar), ia disebabkan oleh pH yang tinggi (beralkali). Pihak nurseri sarankan supaya tanah tersebut digaul dengan tanah kuning (tanah liat). Kalau tanah kompos bersabut yang dijual di pasaraya, saya kurang pasti sebab mengapa benih yang disemai tidak tumbuh. Buat masa ini saya akan cuba semai benih kailan menggunakan tanah sebagaimana yang saudara jelaskan. Hasilnya saya akan postkan ke blog.

    BalasPadam