(Posting asal adalah pada 2 Oktober 2011, posting ini dibawa ke hadapan untuk tujuan berbincangan).
Oleh kerana buah labu tidak akan terbentuk tanpa pendebungaan, anda perlu lakukan pendebungaan secara manual jika tiada serangga pendebunga hadir. Pendebungaan perlu dilakukan ketika bunga betina dan bunga jantan sedang mekar. Anda perlukan gunting dan tali raffia (kira-kita 15 cm iaitu 6 inci).
Kenalpasti bunga betina dan bunga jantan yang sedang mekar. Bunga betina mempunyai buah labu kecil di pangkalnya.
| Bunga betina mempunyai buah labu kecil (dibulatkan) di bahagian pangkal. |
Anda perlu llekatkan debunga dari bunga jantan pada bahagian melekit dalam bunga betina. Bahagian melekit tersebut dinamakan stigma. Terdapat salur halus yang bersambung dari stigma ke ovul iaitu bahagian yang akan membesar mejadi benih.
| Stigma dalam bunga betina dibulatkan. |
![]() |
| Keratan rentas bunga betina menunjukkan lokasi stigma. |
Bunga jantan tidak mempunyai buah labu kecil dipangkalnya. Kenalpasti bunga jantan yang mekar. Perhatikan di bahagian dalamnya. Pastikan ia tidak mengandungi ulat iaitu larva lalat buah.
| Bunga jantan. |
Perhatikan bahagian dalam bunga jantan. Kenalpasti bahagian yang berwarna oren yang mengandungi debunga. Bahagian ini dikenali sebagai anther. Dengan menggunakan gunting potong filamen untuk mendapatkan anther. Letakkan anther di tapak tangan. Pastikan ia tidak jatuh ke tanah.
![]() |
| Keratan rentas bunga jantan. |
| Bahagian anther mengandungi debunga iaitu benih jantan. |
Sentuhkan anther ke bahagian stigma dalam bunga betina. Anda boleh lekatkan terus anther di dalam bunga betina sebagaimana gambar berikut.
| Lekatkan anther ke bahagian stigma supaya debunga terlekat pada stigma. |
Kemudian ikat bahagian kelopak bunga betina supaya serangga perosak tidak memasuki bunga betina. Lalat buah suka bertelur pada bahagian anther bunga jantan.
| Ikat kelopak bunga betina untuk mengelakkan serangga perosak memasuki bunga betina. |
Selepas beberapa bahagian buah bunga betina akan membesar. Jika pendebungaan gagal, bunga betina akan luruh.
![]() |
| Bunga yang berjaya didebunga tidak akan luruh. Bahagian kelopak akan kering dan terpisah dari bahagian buah. (*G/foto kamera hp, resolusi rendah.) |
Benih Untuk Dijual



ooo...buleh tolong kawinkan depa rupanya..
BalasPadamingatkan semua pokok pandai kawin sendiri.. patutlah tuan kantin sekolah merungut pokok labunya subur tapi x de buah.. saya ingat pasal tuan kantin tu selalu kutip pucuk buat ulam.
Kalau tuan kantin tu selalu kutip buat ulam, makin banyak pucuk baru tumbuh... Makin banyak bunga. Boleh dapat banyak buah tu.
BalasPadamIni kali kedua saya membaca post ni. kali pertama sekadar baca, kali ini merujuk ilmu...menunggu hari nak kawenkan bunga labu di halaman bonda.
BalasPadamHarap2 berjaya. hehe
terima kasih, encik iskandar.
InsyaAllah akan berjaya. :)
Padamsalam semua, sabtu lepas baru buang pokok labu, sebab semak dan tak nak berbuah langsung , oooo jadi kita kena kawinkan dialah rupanya..terima kasih dgn info yg berguna ni....
BalasPadamYa. Pokok ini perlu dibantu pendebungaannya.
Padampokok labu yang ada rasanya mahu dibuang sahaja... bunga betina je banyak... jantannya tiada...heheheh
BalasPadamlagi pun labunya kecil saiznya.... sebelum ni besar la juga.. apa pokok labu ini sejenis tanaman semusim tuan is???
Tentang labu bermusim atau tidak, saya kurang pasti.
Padamitulah... yang peliknya saiz labunya makin mengecil pula.... mungkin sebab tanah kurang nutrien agaknya....
PadamBila dah berbuah, tanah berdekatan akar kena baja selalu. Kalau guna baja organik, 2 minggu sekali.
PadamI have planted 4 pumpkin plants recently. They are have many female flowers, but male flowers are few and falling off without blooming/opening. Do not have the chance to hand-fertilize the female flowers when they bloom as I do not have any open male flowers.
BalasPadamHow can I prevent male flowers from falling off immaturely?
How can I make my pumpkin plant to produce more male flowers?
Or anywhere I can buy pumpkin flowers in PJ?
Kindly advise. Thanks.
iF there are no pest, the flower buds may fell off due to failure to absorb certain types of nutrients, for example phosphorus. Try add a tablespoon of general fertiliser to a bucket of water and water the plant with the mixture at least once in two days.
PadamIf the male and female flower didn't bloom simultaneously, you may keep the male flower in refrigerator.
Thanks for the advise... will try. However, does the male flower require different nutrients from female flowers? My pumpkin plants have healthy female flowers with 1 to 2 female flowers blooming each day continuously for the passed 2 weeks. Only my male flowers that are dying immaturely, failing to bloom.
PadamAs for pest, I don't noticed any.
Thanks for advise.
The male and female flower require the same nutrient. I remember the same thing happened to my pumpkin plants. After the first batch of floeers dropped, new batch of flowers bloomed simultanously. Hopefully you will be rewarded with pumpkins soon. :)
PadamThanks! My problem with the pumpkin flowers still exist, and I had finally found the problem, which I had not noticed earlier. There are insects larva in my pumpkin flowers. How does this happen and can be prevented? Please help advise. Thanks!
PadamIf the insects are large enough, you can cover the flowers with fine netting before the bloom and then pollinate manually.
Padamsalam saye tanam pokok capsicum dalam pasu Di condominium saya tingkat 15. alhamdulillah semua hidup segar. umur hampir 2 bulan Dan mula nak berbunga. pokok capsicum ada bunga jantan Dan betina juga ke? macam mana nak kenal? Kat situ cuma ada semut dan tak ada serangga lain. perlukah saya buat manual pendebungaan seperti diatas. kalau tak buat proses pendebungaan boleh terhasil buah chili atau tak? minta tunjuk ajar.tq
BalasPadamsaya pernah sms encik bertanyakan biji benih kemunting hari tu. if ada stock pm me or sms saya ye. coz dah lama berangan nak tanam pokok kemunting Kat rumah.
BalasPadam