Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 4 April 2012

Macamana Nak Wujudkan Kawasan yang Lebih untuk Bertanam Kacang Botor Kacang Gelisa, Angled Bean, Phosphocarpus tetragonulus

(Posting asal, 23 Oktober 2011, 9:20am di bawa ke depan untuk tujuan perbincangan)
Kacang botor adalah satu lagi tumbuhan memanjat yang mula menceroboh ke kawasan lain di musim hujan kerana kekurangan ruang.  Kebiasaannya saya akan pangkas mana-mana pucuk yang menceroboh ke kawasan lain.  Di musim hujan ini banyak bunga terhasil dan insyaAllah menghasilkan banyak buah.  Bunga kacang botor yang biru amat cantik ketika mekar menghiasi halaman rumah terutamanya di waktu pagi.  Buahnya yang muda juga amat enak dimakan sebagai ulam.

Saya gunakan kayu bendera iaitu kayu bulat bersaiz batang penyapu yang diikat menggunakan tali rafia.  Kali ini pokok kacang botor tumbuh dengan subur dan menjadi amat berat menyebabkan kayu-kayu pancang patah dan rebah ke tanah.  Pucuk pokok mula merayap ke pokok yang berdekatan.  Saya telah potong pucuk tersebut untuk digoreng.  Pucuk kacang botor manis dan enak jika digoreng bersama bawang putih.

Buat masa ini keadaan pokok ini tidak terjaga kerana pertumbuhannya terlalu cepat dan saya tidak dapat melayannya setiap hari kerana hujan petang dan kesibukan tugas.  Hanya sempat tuai buahnya saja. :)  Pokok moringa, jambu air dan delima mula bergantungan dengan buah kacang botor.

Untuk batch berikutnya saya akan bina para yang lebih kukuh jauh dari pokok lain.  Tapi ini memerlukan kawasan yang lebih luas.  Manalah nak ada kawasan kalau tinggal di kawasan perumahan.  Perlu fikirkan cara untuk wujudkan lebih kawasan di perkarangan rumah.  Mana nak expand ya?  Mungkin ke atas atap? ....

Bunga Kacang Botor

Bunga Kacang Botor, biru menyerlah ketika mekar.

Buah Kacang Botor, enak dibuat ulam ketika muda.

26 ulasan:

  1. Saya pun menghadapi masalah yg sama sbb duduk di kawasan perumahan. Ruang yg amat terhad, utk kaw tepi sblm blkg, sebahagian telah digunakan utk markisa, ada sebahagian ruang utk pokok kecil lain.

    Bila baca posting ni terfikir nak buat para kecil guna kayu yg disebut utk ruang tepi sblh dpn cuma tak pasti adakah akan ganggu pokok lempoyang atau tidak dr segi pencahayaan nanti. Mungkin terlindung sedikit tak mengapa agaknya. Dah lama tak merasa buah kacang botor tanam sendiri nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok kacang buncis semeamgnya amat rendang. Bahagian bawahnya akan terlindung. Dulu, saya letakkan semaian yang tidak tahan panas di bawah para kacang botor. Pastikan juga kayu yang digunakan untuk dibuat para kukuh. Pokok ini sangat berat! Pancang tiang bendera yang saya gunakah patah ketika pokok sedang lebat berbuah. :(

      Padam
    2. Mungkin boleh gunakan besi sebagai tiang asas.. Kalau digunakan jaring timun mungkin lebih baik.. Dirumah ayah mertua saya, jaring timun diikat ke tiang besi.. Pokok anggur dibiarkan merayap naik keatas jaring hingga ke bumbung.. Pengunakan jaring timun dilihat mampu menyelesaikan penggunaan kayu yang mana mungkin reput disebabkan faktor cuaca dan makhluk perosak seperti anai²..

      Padam
    3. Mungkin boleh digunakan tiang besi.. Jaring timun digunakan bagi memudahkan pokok memanjat dan menjalar.. Tiang besi hanya sebagai asas untuk menampung jaring timun.. Dirumah ayah mertua saya, batang besi digunakan untuk menjadi asas menyokong jaring timun.. Ianya kemudian diikat ke bumbung rumah bagi mewujudkan keadaan seperti 'awning'.. Jaring timun lebih tahan lasak berbanding kayu dimana kayu mungkin reput akibat faktor cuaca dan makhluk perosak seperti anai²..

      Padam
    4. Idea yang baik. Betul tu, masalah pancang kayu, di bahagian bawah biasanya reput dimakan anai-anai atau ditumbuhi kulat. Kalau dikebun, ada yang gunakan tiang konkrit dang dipasang kabel yang diregang.

      Padam
    5. Kalau berkesempatan, saya akan lakarkan layoutnya.. :)..

      Padam
  2. Jangan expand ke atap... nanti susah nak petik buah dia... ;p

    saya gunakan pancang buluh... ianya lebih tahan dari pancang kayu... mcm org guna dlm kerja construction zaman dulu-dulu la - guna buluh sebagai peranca... buluh diketahui bahan yg kukuh dan tidak mudah patah...

    macam idea Sir Syahmi - guna batang besi tu... saya pernah juga guna - besi grill terpakai... tapi sekejap je sbb anak pokok mati bila cuaca panas melanda... sbb mati? - besi tu pun panas... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu, kalau tengahari, besi akan serap haba. Lagi pun geng besi buruk akan singgah time kita pergi kerja. Penggunaan pancang buluh memang praktikal sebab ia tahan hujan. Masalahnya kalau di tempat saya, pancang buluh sangat mahal harganya.
      Kalau ada ruang, boleh tanam buluh. Dah matang tebang keringkan untuk buat pancang. Di nurseri di Kajang, buluh 2 meter dijual dengan harga RM5 sebatang. :(

      Padam
    2. Hehe, baru sejuk sikit rumah ejaMaria kalau sampai atap.. Silap² boleh gi naik awan :).. Besi memang menyerap haba.. Dalam idea kali ni, 2 batang besi digunakan hanya untuk merentangkan jaring timun tersebut.. Sulur pokok akan di lilitkan pada jaring timun.. Jadi pokok akan bergantung pada jaring tersebut dan bukannya pada besi tersebut :).. Besi tu boleh cat warna coklat supaya ianya kelihatan seperti kayu :) tp cuma memerlukan masa dan sedikit wang la :)..

      Padam
    3. Saya pernah tanam petola segi, naik ke kabel elektrik dan berbuah. Tengok sajalah buiah sampai kering... siapa berani kait.

      Padam
    4. Hehehe, jangan la risikokan diri hanya kerana petola segi.. Tapi kalau buah dah kering, pasti biji benih jatuh ke tanah dan bercambah.. Boleh gunakan sebagai semaian yang baru :)..

      Padam
    5. Oh ya, selain besi, boleh jugakan paip PVC :)..

      Padam
    6. kalau buah tinggi sampai ke awan... Sir Syahmi rajin nak tolong panjat dan kait tak pe la... hehehe... jangan nanti terliur je tengok buah kacang botor tu sampai kering... ;p

      Padam
    7. Hehehe.. Tengok sambil terlopong mulut :)..

      Padam
  3. Menarik perbincangan artikel ini, byk idea dengan kesan baik-buruk dapat dikaji nampaknya. Mungkin boleh lagi guna tiang besi bersama jaring timun, cuma utk tujuan pokok menjalar naik ke jaring, mungkin boleh guna tali berbanding diajar pokok menjalar naik melalui tiang besi.

    Tentang paip pvc tu, saya membayangkan mcm tak berapa kukuh tapi tak tau lah,mgkn Sir Syahmi dah pernah buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, betul tu.. Jika jaring timun direntang antara 2 tiang, ianya mirip seperti pagar.. Justeru, pokok boleh diajar untuk terus menjalar ke jaring timun tanpa melalui tiang besi :)..

      Paip pvc tu saya belum pernah cuba untuk menampung jaring timun.. Mungkin saya akan cuba menggunakan bahan tersebut sebagai ujikaji.. Atau mungkin paip PVC tersebut perlu dipacak kedalam tanah seberapa dalam yang boleh dan dibentuk seperti segitiga (tripod kamera) supaya lebih kukuh dan stabil :)..

      Padam
    2. Masalah yg mgkn timbul dgn penggunaan paip pvc ialah kemungkinan paip itu melentur dalam jangka pjg. Atau mgkn perlu disokong dgn batang besi di dlm paip pvc itu supaya paip pvc lebih kukuh?

      Padam
    3. Betul juga tu.. Paip PVC akan melentur dalam jangka masa panjang akibat faktor cuaca.. Kalau guna kedua-dua, mungkin akan meningkatkan kos.. Dari segi penggunaan tiang besi dan jaring timun, sehingga hari ini tiada masalah yang saya hadapi..

      Mungkin boleh dibalut tiang besi tersebut dengan sesuatu seperti kain atau span.. Tapi sejauh mana keberkesanannya belum diketahui..

      Mungkin tuan Iskandar boleh beri idea atau penambahbaikan :)..

      Padam
    4. Penggunaan PVC kurang praktikal untuk jangka panjang kerana selepas terdedah kepada cuaca, ia akan menjadi rapuh. Saya tahu sebab saya pernah cuba. Penggunaan besi tahan lama tetapi secara perlahan-lahan ia akan berkarat. Ini bukannya tak elok sebab tumbuhan juga perlukan zat besi, jadi ia boleh bertindak sebagai pembekal mikronutrien. Zat besi adalah satu daripada unsur yang diperlukan untuk membina klorofil. Ia mungkin praktikal tapi kos juga akan menjadi tinggi. Saya pilih penggunaan buluh dan jaring timun. Buluh tahan cuaca, tidak panas ketika cahaya terik dan tidak dimakan anai-anai. Di dalam laman, ia juga cantik sebagai hiasan.

      Padam
    5. Betul tu tuan.. Buluh lebih baik berbanding besi.. Tapi bagi siapa yang mempunyai lebihan batang besi, masih boleh menggunakannya :)..

      Padam
  4. pokok kacang botor saya tanam dalam pasu... masa kecik dulu boleh la letak batang aluminium(ambil langsir punya...) last2 pakai besi yang dibuat untuk teras simen...

    sekarang merimbun je dekat belah atas.... pucuk2 baru keluar kasi pusing naik belah atas dan bila tak terkawal potong pucuk baru nak tumbuh...hehehe kadang2 terlepas buah sebab merimbun, kena cari betul dan buah yang terlindung matahari cantik je, hijau muda...huhuhu apa yang penting dapatlah sehari makan paling kurang pun 5 biji berterusan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pucuk kacang botor juga enak dibuat sayur. Ia manis rasanya. Saya pernah terbaca dalam tahun 80an dulu pokok ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah kebuluran di negara yang mengalami krisis kebuluran kerana khasiat dalam kacang dan daunnya. Pokok ini dipilih kerana pertumbuhannya yang cepat.

      Padam