Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Jun 2012

Kemunting Menarik Burung Berkunjung

Posting asal 24 Oktober 2011, dibawa ke depan untuk tujuan perbincangan...

Kemunting adalah antara beri tempatan yang enak dimakan.  Dulu (20-30 tahun) buah ini abnyak dijual di pasar kerana ia tumbuh melata terutamanya di tanah lapang berhampiran pantai.  Kini kemunting jarang ditemui kerana kawasan yang dahulunya ditumbuhi kemunting telah dibangunkan.  

Saya ada menanam 3 pokok kemunting di tepi rumah.  Pokok tersebut kini berbuah lebat.  Saya perhatikan pokok kemunting boleh menjadi penarik kepada burung-burung tempatan untuk singgah untuk menjamah beri yang merah dan enak.  Ini adalah suatu yang elok kerana sambil mengutip beri, burung-burung akan mengutip ulat dan serangga yang menjadi perosak kepada tanaman sayur di sekeliling rumah.

Beri juga kemunting menjadi tarikan anak-anak untuk sama- sama aktif berkebun.  Saya letakkan sungkup plastik di atas pokok kemunting yang lebat berbuah supaya buah tidak dikutip oleh burung-burung terutamanya di waktu pagi.  Dapatlah anak-anak mengutip beri kemunting bila ranum.

Beri kemunting hampir ranum.

Pokok kemunting yang berbuah lebat.



Pokok kemunting dilitup dengan plastic mulch supaya buah tidak dikutip burung.

 Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

17 ulasan:

  1. Ya lebat. Sebelum ini buah dibiarkan terdedah, buah dikutip burung. Sekarang sejak pokok ditutup baru ada buah terkumpul.

    BalasPadam
  2. Asslm..Terliurnyer saya tgk buah kemunting ni..last makan masa umur 9thn..skrg dh 22thn x makan buah ni..teringin sgt. jenuh cr kat area kl,jhr,Port dickson & perak..tp x jumpa..En.Is jual ker buah ni? kalau saya nak beli,camner yer?

    BalasPadam
  3. Waalaikum salam Falah Nyon, saya tak jual. Pokok tu dah mati masa pindah dulu. Saya pula tak simpan benihnya. Ada nurseri jual pokok, tapi harga yang diletakkan terlalu tinggi jadi saya tak ambil. Niatnya, bila pulang ke Kemaman nanti akan cari sepokok dua. Area sungai Ibok masih ada lagi tumbuh liar.

    BalasPadam
  4. Oooh yeke..Emmm xde rezki saya lah nampak nyer...Nurseri area KL ni ada x? saya nak sgt mkn buah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah terjumpa di nurseri area Sg Chua, Kajang dan jalan menuju ke Broga.

      Padam
  5. dulu masa kecik2 slalu makan buah ni kt pantai chendor.. skrg da pindah..agak2 pokok ni still ade tak kat pantai chendor tue

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pernah ikut saudara mara yang tinggal di Chendor kutip buah di Chendor. Banyak juga dapat. Berbakul juga. Rasa nya masih ada sedikit di kawasan yang belum dibangunkan.

      Padam
  6. Salam bang

    Off topic sikit, yang sungkup hitam tu boleh beli dimana? kedai hardware ada jual ke?
    Kegunaan dia, boleh guna untuk halang cahaya matahari direct ke tanaman jugak kan, supaya tanaman sejuk sikit.

    Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh guna untuk teduhkan tanaman terutamanya tengahari. Sungkup plastik ini biasanya ada dijual di kedai hardware.

      Padam
  7. Assalamualaikum ..En Iskandar..memang terubat rindu saya bila tengok pokok dan buah kemunting ni..memang saya membesar dengan buah kemunting sebb duduk di pesisir tepi pantai Kg Penor di kuantan..memang tepi pantai belah2 pantai timur byk pokok kemunting ni...petik je banyak2 simpan dalam gulungan baju..(sebb kocek tak muat..) yang manis kalau warnanya ungu pekat...cuma saya tak sure kalau tanah biasa boleh ke pokok kemunting ni hidup dengan lebat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, saya bawa rajut (beg plastik zaman dulu, yang dapat dari kedai tukang jahit) yang boleh isi banyak. Kalau simpan dalam poket, mak akan tahu sebab poket merah kena jus kemunting. Mak marah kutip kemunting terutamanya area Bukit Kuang, sebab zaman itu masih ada pak belang.

      Padam
  8. chendor dan cherating.. masih ade kemunting.. rasanya la.. last kutip masa adik mengidam nak makan buah kemunting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya perasan di sana masih ada, tapi jumlahnya dah berkurangan. Nurseri di Kajang menjual pokok kemunting dengan harga yang tinggi. Kalau pokok yang separas pinggang mencecah RM80.

      Padam
  9. Tuan Iskandar...nt kalau ada benih kemunting untuk dijual bagi tahu saya ye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Saya pun sedang mencaribenih batch baru.

      Padam
  10. As salam, mohon tuan utk terangkan kaedah terbaik nk tanam pkk kemunting liar ni yg diambil tepi jalan..selalu cepat layu bila smpi umah..apa lg cara nk tanam pokok kemnting ni..terima kasih tuan..

    BalasPadam