Saya letakkan 2 pokok satu pasu. Kalau diperhatikan ruang yang masih ada, sesuai kalau diletakkan 3 atau 4 pokok. Kalau ada ruang di perkarangan rumah, kalau ditanam dalam 10 hingga 20 pasu. Setiap kali tuaian cukup untuk dijadikan lauk untuk satu keluarga.
Cuma kalau ditanam dalam pasu, anda perlu siram secara berkala. Ini kerana tanah di dalam pasu mampu menyimpan jumlah air yang terhad. Saya siram pasu ini sekali sehari di sebelah pagi. Kini saya tidak menyiram pasu tersebut kerana ia terdedah kepada hujan. Air hujan yang ada cukup untuk keperluan pokok.
![]() |
Pokok kacang panjang dalam pasu. |
salam, boleh saya bertanya macamna cara nak bubuh pancang utk kacang panjang mcm ni? boleh ke saya cacakkan saja sebatang kayu dan adakah pokok ini automatik melilit atau kita perlu ikatkan dia pada pancang? terima kasih..
BalasPadamCucuk pancang bila pokok menunjukkan tanda ingin memanjat. Peringkat awal kalau anak pokok tumbuh ke arah lain, boleh diikat dengan longgar pada pancang. Lama-lama ia akan memanjat pancang tersebut dengan sendiri.
BalasPadamPokok kacang saya rimbun tapi takde buah. Lagi tambah baja buah lagi rimbun naik Dan masih takde buah. Apa patut buat untuk dapat buah?
BalasPadam