Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Mulberi

Bunga Malberi, Mulberry

Malberi mudah tumbuh, dan dengan sedikit penjagaan akan menghadiahkan kita dengan bunga dan buah yang banyak.  Malangnya saya sering terlupa untuk memberikan perhatian.  Mungkin kerana daun malberi sentiasa hijau dan segar tidak menunjukkan ia meminta perhatian.
Malberi perlu dipangkas selalu untuk menghasilkan bunga yang banyak yang kemudian akan menjadi beri.  Kalau tidak mahu makan pun, kita boleh mengundang burung ke taman kerana burung gemar memakan buah mulberi yang ranum.  Sambil-sambil itu bolehlah burung mengutip ulat yang meratah daun-daun sayur. :)
Saya suka pokok ini kerana anak kecil saya, si Puteri  gemar mengutipnya.  Jadi, adalah alasan untuk kami meluangkan masa bersama di halaman rumah.

6 ulasan:

  1. dulu ade tanam..tp bila pindah ke kota bharu..lupa nak amik pokoknya..aduiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Saya pun sama, bila pindah ada aja pokok yang tertinggal.

      Padam
  2. kalau ditanam dengan keratan batang agak nya berapa lame untok mendapat hasil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila tunas keluar, bunga akan keluar bersamanya.

      Padam
  3. salam en is...saya ader mnanam pokok mulberi ni tp pertumbuhan terbantut kerana di batang pokok ader benda putih tp bukan bena pokok lada...bukn juga white fly...bendanyer kecil berwarna putih..bulat seperti ladybird tp kecil seperti bena...dibawah badannyer bewarna pink....tidk menggangu daun tp berkerumun di batangpokok. apakah penyelesaian nyer.

    BalasPadam