Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Markisa Tumbuh Subur

Alhamdulillah musim hujan ni banyak pokok buah menjadi.  Markisa, kemunting, betik, malberi, bidara, belimbing, ciku... Cuma masalahnya, seperti hilang kawalan.  Pokok berebut kawasan dan mula menceroboh kawasan.  Yang paling teruk ialah pokok yang menjalar dan memanjat.  Tidak cukup kawasan pagar, markisa mula menceroboh para pokok kacang botor dan memanjat pokok betik.

Apa masalahnya, potong sajalah.  Setelah mencapai gunting kebun untuk pangkas ranting-ranting yang tersasar jauh, terlintas pula rasa rugi kalau dipotong.  Apa tidaknya, di setiap ketiak daun pada ranting tersebut ada bunga.  Kalau satu ranting ada 12 bunga, kalau separuh menjadi, dipotong juga, paling kurang akan kerugian 6 biji buah markisa.  Kalau semua menjadi, satu ranting yang dipotong akan kerugian 12 biji buah markisa.

Nak dibiarkan, pencerobohan pokok markisa dah tahap melampau.  Nak potong.... rezeki tu. 


Buah markisa

Pokok markisa meman jat pokok betik.  Sepanjang ranting tersebut terdapat bunga.

11 ulasan:

  1. alih saja la hala dahan markisa tu... jangan potong - sayang... Markisa saya belum sudi lagi nak berbuah... ;p

    BalasPadam
  2. Itulah masalahnya, semua ruang kosong telah dipenuhi pokok tersebut. Pokok mangga jiran yang di luar pagar juga telah dipanjatnya. Itu pun penuh dengan bunga dan putik buah. Nak dibiarkan, tak kena. Nak dipotong, sayang.

    BalasPadam
  3. Bagaimana saya boleh dapat benih markisa buah kuning. Terima kasih. Jika ada, tlg call/sms saya di 019477 8466

    BalasPadam
  4. Benih buah markisa tiada dalam stok. InsyaAllah bila ada nanti akan diwarwarkan.

    BalasPadam
  5. Salam Tuan,
    Berapa lama biasanya buah markisa sesuai untuk dipetik?
    Baru-baru ini ketika meninjau-ninjau pokok markisa yg ada, terperasan ada sebiji telah menjadi dan agak besar buahnya, cuma tak pasti sejak bila ada. Insya-Allah buah itu selamat dr ancaman sbb saya sendiri x perasan kehadirannya.

    Skrg ni agak kurang saya tinjau sbb tak nak ganggu burung yg sedang berteduh dalam sarang di pokok markisa itu. Terakhir saya lihat kedua-dua telur telah menetas dan anak burung selamat di dalam sarang, terlindung dengan jalaran pokok markisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti masanya. Kalau ikutkan yang saya tanam dulu seya petik selepas 2 bulan bulan berputik. Itu pun ada yang tak ranum betul. kalau nak selamat, petik setelah kulitnya berkedut.

      Padam
    2. kulit berkedut? wah! kira bila rupa buah tak cantik la ye? :D Adakah pada waktu itu warna buah masih kelihatan hijau?

      Padam
    3. Oh bukan buah hijau. Buah bertukar kepada warna oren atau warna lain ikut jenis.

      Padam
  6. lama mana markisa mula berbuah dari awal penanaman

    BalasPadam
  7. markisa saya sejak sebulan 2 ni byk berbunga dan ada ternampak beberapa biji markisa yg menjadi. sayangnya, tak tahu bila markisa benar2 masak, akhirnya gugur sendiri ke tanah. apa masalahnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila buah ranum, ia bertukar warna. Benih yang saya jual baka ungu. Bila ranum buah bertukar kepada warna ungu.
      Tentang buah yang luruh sebelum matang, saya perlukan lebih banyak maklumat.

      Padam