Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 18 Oktober 2011

Projek Musim Hujan 2 -- Menyemai Garden Pea dalam Seed Starter Pot

Dalam aktiviti ini saya menyemai benih garden pea ke dalam pasu yang dibuat dari gentian asli yang biodegradable.  Pasu ini dinamakan Seed Starter Pot telah saya beli dengan harga RM7.50 untuk 23 pot saiz kecil.  Jadi kalau dibandingkan dengan harga peat pot yang telah ditunjukkan dalam posting sebelum ini, Seed Starter Pot adalah lebih murah tetapi anda perlu sediakan tanah.

Seed Starter Pot dibuat dari gentian asli yang upaya bioterurai.
Tanah yang saya gunakan adalah dari jenis kompos yang dijaul di pasaraya.

Tanah yang digunakan ialah tanah kompos yang dijual di pasaraya.


Tarikh: 7/10/11
9:00 am
Merendam benih dalam air suam.
1.00 pm
Keluarkan benih dari rendaman dan menyemai ke dalam seed starter pot.

Benih disemai pada 7/10/11.

Tarikh: 11/10/11
4 dari 5 pot menunjukkan tanda percambahan.

Benih mula bercambah.



Tarikh: 13/10/11
Cambahan mencapai 2 cm.  Tunas daun kelihatan tetapi daun belum kembang.
4 dari lima pot bercambah.


Tarikh: 15/10/11
Dua set daun mula tumbuh.  Sulur paut pertama kelihatan menunjukkan cambahan sedia untuk memanjat untuk mendapatkan lebih sinar suria.  Cambahan mencecah 16 cm.
4 dari 5 pot bercambah.

Sulur paut mula kelihatan.

Pertumbuhan amat galak.  Cambahan mencecah 16 cm.

Tarikh: 16/10/11
Tiga set daun telah kelihatan.  Cambahan mencecah 20 cm.
4 dari 5 pot bercambah.

Cambahan mencapai 20 cm






Tarikh: 18/10/11
Cambahan mencecah 24 cm dan sedia untuk dialih.  Cambahan akan dialih ke dalam pasu dan diletakkan di tempat yang menerima banyak cahaya matahari.
Satu pot tidak menunjukkan percambahan.  Apabila diperiksa ada tanda-tanda benih bercambah tetapi tunas tidak kelihatan.





2 ulasan:

  1. Nak tanya, sebab apa benih direndam dalam air suam dahulu ye?

    Untuk proses pemindahan ke dalam tanah, adakah kita akan potong seed starter pot itu atau tanam terus cambahan bersama seed starter pot itu?

    BalasPadam
  2. Sesetengah benih akan lebih cepat bercambah jika direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Benih kacang pea, bendi, sawi adalah antara benih yang akan cepat bercambah jika direndam di dalam air suam. Benih yang mempunyai kulit yang keras, misalnya benih nona dan durian belanda tidak boleh direndam di dalam air suam sebelum disemai.
    Pot tersebut adalah biodegradable dan tidak perlu dipotong ketika mengalih anak pokok. Seluruh pot boleh ditanam ke dalam pot yang lebih besar.

    BalasPadam