Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 31 Oktober 2011

Benih Untuk Dikongsi (November) -- Kacang Buncis, French Bean, Pole Bean, Phaselus vulgaris

Benih untuk dikongsi untuk bulan November ialah benih kacang buncis (french bean, pole bean).  Benih ini lazimnya tumbuh selepas 3 atau 4 hari disemai.  Ia tumbuh subur di lokasi yang menerima banyak cahaya matahari.  Anda boleh tanam di atas tanah atau dalam bekas.  Pokok kacang buncis memanjat dengan melilit jadi anda perlu letakkan pancang.

Kacang buncis perlukan banyak nutrien untuk hasilkan buah yang banyak.  Kalau anda masak sendiri di rumah, siram tanah dengan air basuhan ikan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.  Anda boleh juga gunakan baja organik, misalnya pellet tinja kambing atau ayam dua minggu sekali.

Kacang buncis akan mula boleh dituai 6 hingga 8 minggu selepas disemai.  Buah kacang buncis yang ditanam sendiri jauh lebih enah dari kacang buncis yang dibeli kerana buah tersebut segar.  Bunga kacang buncis juga cantik dan pokok ini sesuai dijadikan hiasan.

Untuk dapatkan 1 pek benih kongsi,emelkan nama penerima dan alamat ke iskandar.abdulrashid@gmail.com.  Benih kongsi adalah percuma untuk semua pengunjung.

1 pek benih kacang buncis
Kacang buncis berbuah selepas 6 minggu disemai.
Bunga kacang buncis cantik menyerlah.
Pokok kacang buncis memanjat.  Anda perlu sediakan pancang.

9 ulasan:

  1. Ingin juga saya memohon biji benih ini tapi tinggal di kuarters memang memendekkan hasrat saya.


    Cuma ingin saya tahu jenis apakah biji benih kacang buncis ini? Hybrid ataupun OP?

    BalasPadam
  2. Benih hybrid. Buahnya kurang berbenang (stringy) berbanding dengan kacang buncis op.

    BalasPadam
  3. Salam... saya berminat dengan benih ini... Harap dapat la saya tanam sendri kt laman rumah... Terima kasih...

    BalasPadam
  4. Waalaikum salam Sdr Mat. Untuk dapatkan benih tersebut, sila emelkan nama dan alamat penerima benih ke iskandar.abdulrashid@gmail.com.

    BalasPadam
  5. Salam, terima kasih Sdr Iskandar untuk benih Kacang Buncis nie. Saya sudah terima dan tak sabar nak tanamnya. Terima kasih....

    BalasPadam
  6. Sama-sama. Benih kongsi masih banyak lagi. Rakan-rakan pengunjung blog yang masih belum dapatkan benih boleh berbuat demikian. Saya sediakan 500 pek benih untuk dikongsi. Saya dah agihkan kira-kira 350 pek, masih ada 150 pek lagi.

    BalasPadam
  7. Salam En. Iskandar. Bunga matahari hari itu sudah tumbuh. tengah membesar & masih belum berbunga. say akan e-mailkan nanti alamat saya.

    BalasPadam
  8. Waalaikum salam Sdri Azreen,
    OK, saya tungggu.

    BalasPadam
  9. Benih kongsi ada 20 pek lagi. Kepada pengunjung yang masih belum dapatkannya, masih sempat lagi untuk dapatkannya.

    BalasPadam