Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 29 September 2011

Tanam Sendiri Tarragon, Artemisia dracunculus

Pokok tarragon mudah tumbuh di negara kita, Malaysia.

Tarragon adalah tumbuhan herba yang mudah tumbuh.  Daunnya terasa manis dan wangi berempah.  Tarragon digunakan sebagai perisa ayam dan ikan dalam masakan Perancis.

Tempat
Pilih kawasan yang terima cahaya matahari sepenuhnya.  Tarragon sesuai ditanam dalam tanah gambut atau gembur yang tidak menakung air.  Ia juga sesuai ditanam di kawasan berpasir kerana tarragon tahan kering.

Memilih Jenis Tarragon
Sebenarnya ada bebebrapa jenis pokok tarragon.  Pilih pokok tarragon perancis dan bukannya tarragon russia.  Ini kerana tarragon russia rasanya tawar tidak seperti tarragon perancis yang wangi dan manis.  Jika anda tidak pasti, picit dan hidu daun tarragon.  Pilih pokok yang mempunayi bau yang kuat.

Menanam Tarragon
Semai tarragon dari keratan batang.  Jangan semai dengan benih kerana ia mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan membesar.  Anda tidak perlu membaja dan jangan siram menggunakan air yang terlalu banyak.  Tarragon sesuai ditanam di kawasan yang kering.  Apabila pokok tarragon terlalu tua iaitu 2 hingga 3 tahun, tanam semula.  Anda boleh gunakan keratan ranting pokok yang tua untuk tanam semula.

Menuai
Daun tarragon digunakan sebagai perisa makanan terutamanya daging ayam dan ikan.  Kerat daun dan ranting muda.  Untuk simpan daun tarragon keringkan di tempat teduh.




5 ulasan:

  1. Baru2 ni dapat beli sepeket batang tarragon dari supermarket. Itu pun peket yg terakhir. Entah bila boleh dapat lagi sebab susah sangat mendapatkan peket herba seperti fresh oregano, thyme dan lain2 di sini..

    Saya cuba buat keratan dalam 3-4 inci, kemudian strip daun bawah tinggalkan 2-3 set daun atasnya. Dan saya dipkan ke dalam serbuk rooting. Dan ditanam terus ke tanah. Betulkah method ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Ada yang rendam dala air dulu, pun boleh juga. Tarragon lebih mudah ditanam cara ini berbanding menggunakan benih.

      Padam
  2. Kat supermarket.mana ya biasanya ada jual tarragon ni?

    BalasPadam
  3. En Iskandar, boleh saya dapat benih tarragon dari anda?

    BalasPadam