Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 12 September 2011

Tanam Sendiri -- Daun Sadri, Daun Sup, Flat-leaved Parsley, Italian Parsley

Daun sadri mempunyai daun seakan-akan daun celery mempunyai rasa rempah yang kuat dan manis. Daun sadri kaya dengan vitamin A dan C, karotina dan zat besi. Pokok ini sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam pasu.
Elok juga kalau ditanam dalam pasu dan letak di tepi tingkap di dapur. Boleh dipetik dan terus d masak. Pokok ini memerlukan tanah yang kaya dengan bahan organik dan berudara. Kalau tanam dalam bekas pastikan kedalaman bekas melebihi 20 cm atau 8 inci.

Menyemai 
Benih daun sadri mengambil masa yang lama untuk bercambah iaitu antara 3 hingga 5 minggu. Untuk mencepatkan proses percambahan, rendam benih dalam air suam sebelum menyemai. Semai benih dalam lubang sedalam 6 mm (1/4 inci). Jarakkan benih 15 cm (6 inci) antara pokok. Semai di tempat panas atau di tempat teduh tetapi menerima cahaya pagi.

Menuai
Tuai daun yang besar di bahagian bawah pokok terlebih dahulu. Jika ingin tuai daun yang banyak sekaligus, kerat batang kira-kira 1 inci dari tanah. Tunas yang baru akan tumbuh.

21 ulasan:

  1. tu diaaaa...sampai 3 minggu nak bercambah...
    patut la saya tunggu tak tumbuh-tumbuh.. ingatkan dah mati dah... siap gantikan dengan keratan akar sup yang lebih buat masak..

    ada soalan sikit nak tanya pada en.iskandar..
    saya musykil kenapa kebanyakan saya tanam sayur semuanya bantut.. sawi, kailan, ketumbar, kari.
    bila bercambah keluar dua helai daun sebenar.. terus bantut.. mati tak, besar pun tak.. apa masalahnya..

    saya org tua baru belajar
    kalau salah tolong tunjukkan

    BalasPadam
  2. Pokok sayur perlukan baja lebih dari pokok bunga. Kalau guna baja komersial, baja tersebut larut dalam air. Bila siram, ada yang sempat diserap oleh pokok. Selebihnya mengalir keluar. Elok gunakan baja organik kerana baja organik larut secara perlahan. Ia juga membaiki struktur tanah.
    Akar juga perlukan oksigen. Tanah menjadi padat selepas beberapa kali siram. Bila tanah padat akar menjadi lemas dan pertumbuhan akar terbantut.
    Saya membaja dua miggu sekali dan mempastikan tanah tergembur dengan mencampurkan sabut dan daun-daun reput. Untuk baja, saya gunakan daun reput, perut ikan yang dikisar dan tinja ayam/kambing.

    BalasPadam
  3. salam. saya tak pernah berjaya tanam daun sup.sedih jugak nie.

    BalasPadam
  4. Ikut panduan dalam posting ni, insyaAllah jadi. Untuk aktifkan biji benih, boleh juga bekukan, kemudian rendam air suam. Seeloknya cuba dengan air suam sahaja dulu.
    Sayur yang bantut, boleh alih ke dalam pasu lain yang mengandungi tanah campur kompos atau baja organik. InsyaAllah akan membesar.

    BalasPadam
  5. beli benih di giant. baru tanam semalam sebab kecewa dengan pokok lada yang tumbuh 2 pokok, padahal banyak biji dah tabur :p 3 minggu? lamanyaaaa...huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok cili lambat bercambah kalau tidak direndam air suam terlebih dulu. :)

      Padam
  6. encik, sekali sekala tukar gak bakground laman nie... baru nampak menarik, taklah pengunjung boring..... baru nampak cool........

    BalasPadam
  7. Saya pun baru b'lajar tanam sayur blkg umah,sdh 1 minggu tanam sawi mini,baru setinggi 2cm,bila baru blh tabur baja, ttp tanah yg digunakan mengandungi baja organik, saua khuatir sayur gua terbantut pulak klu tak tabur baja.thx for komen,en.iskandar...

    BalasPadam
  8. Saya pun baru b'lajar tanam sayur blkg umah,sdh 1 minggu tanam sawi mini,baru setinggi 2cm,bila baru blh tabur baja, ttp tanah yg digunakan mengandungi baja organik, saua khuatir sayur gua terbantut pulak klu tak tabur baja.thx for komen,en.iskandar...

    BalasPadam
  9. Saya pun baru b'lajar tanam sayur blkg umah,sdh 1 minggu tanam sawi mini,baru setinggi 2cm,bila baru blh tabur baja, ttp tanah yg digunakan mengandungi baja organik, saua khuatir sayur gua terbantut pulak klu tak tabur baja.thx for komen,en.iskandar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cukup air dan cahaya, biasanya pokok membesar elok. Baja organik sesuai digunakan kerana kalau terlebih pokok tidak melecur. Kalau baja kimia, sukatan kena tepat, kalau terlebih baja, pokok mati.

      Padam
  10. salam, 9 hari lepas, saya saja-saja letak akar daun sup (daun sup dah buat masak) ke dalam balang berisi air di dapur. alhamdulillah keluar pula daun sup. perlukah saya alihkan pokok daun sup tu ke pasu? kalau perlu, tanah macammana yang perlu digunakan? rumah saya tak ada laman, sebab rumah pangsapuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya perlu. Guna tanah yang dicampur bahan organik. Tanah liat campur pasir pun boleh. Pastikan pasu diletak tempat cerah. Sesuai letak tepi tingkap.

      Padam
  11. En. Iskandar..nak tumpang tanya.. apakah perbezaan diantara parsley VS Ketumbar Vs Daun Soup.. daun soup dalam bahasa cina dipanggil Kun Choi kah?

    BalasPadam
  12. Parsley biasanya juga dikenali sebagai curly parsley atau english pasley. Daun sup juga dikenali sebagai curly parsley atau italian parsley. Ketumbar biasanya dikenali sebagai cilantro. Ketiga-giga sayur herba ini adalah berbeza. Saya tak pasti dalam bahasa cina dipanggil apa. Diharap nama tersebut dapat membantu Tina Sia untuk buat carian dalam Internet. :)

    BalasPadam
  13. Waa..lamanya..patut la xtumbuh LG..benih cili tanglung dah kluar akar hr ni hr ke 4

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih herba kebanyakannya memang lambat bercambah.

      Padam
  14. Assalam... saya sedang mencari pokok parsley yang boleh ditanam sebagai pokok pagar setinggi 4-5 kaki. Saya pernah terjumpa pokok pagar seakan daun parsley dan baunya segar. Ada jual tak?

    BalasPadam
  15. wah...seronoknya bercucuk tanam.puas hati dapat melihat hasil sendiri kan.saya ad terbaca tentang skrap ikan yg diblender (tp xjumpe dh posting nya).adakah semua pokok sesuai disiram dengan baja tersebut?kalau anak pokok2 herba sesuai tak?atau nak kena tunggu besar dulu baru boleh bagi baja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stakat yang saya tahu, semua jenis sayur sesuai, cuma siram ke tanah, jangan ke atas daun sebab jika siram ke atas daun, lalat akan singgah.

      Padam