Buah betik kaya dengan tenaga, air, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, Fosforus, besi, natrium, Kalium, beta-karotena, vitamin B2, niasin dan Vitamin C. Betik disemai dari biji.
Menyemai
Semai biji benih betik secara terus ke dalam plastik polibeg bersaiz 15cm X 23 cm. Isikan tanah dengan nisbah berikut: Pasir 50%, baja organik (tinja ayam) 25% dan tanah atas (topsoil) 25%. Semaikan 3 biji benih dalam satu polibeg. Selepas sebulan menyemai, patahkan anak benih yang kurang elok. Biarkan hanya satu anak pokok yang terbaik dalam satu polibeg.
Mengalih
Selepas 8 minggu, alih anak pokok ke tanah. Jarakkan antara pokok antara 2 hingga 3 m.
Merumput
Jangan merumput terlalu rapat dengan pangkal pokok kerana akar anak betik mudah cedera. Gunakan sungkup (mulch) untuk elakkan rumpai tumbuh.
Buah
Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan. Buah lebat kira-kira 3 bulan sekali. Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan. Petik buah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan. Jangan tunggu sehingga buah ranum kerana burung suka makan buah betik yang ranum.
Buah betik |
Benih papa yang saya semai dalam polibeg pada 8.8.12 sampai hari ni pun belum bercambah. saya gunakan tanah organik yang dibeli dari nurseri. Di mana agak nya silap saya.
BalasPadam*benih papaya
BalasPadamKetika menyemai gunakan growmix atau potting mix terlebih dahulu. Tanah yang terlalu kaya dengan baja tak sesuai untuk menyemai. Ia sesuai digunakan ketika mengalih pokok nanti.
PadamEn Iskandar, dalam dua situasi, mana satu hasilnya lebih manis dan sedap??
BalasPadam1. betik atau pisang dipetik sebelum masak, kemudian diperam sampai ranum. Petua orang kampung guna 'ubat beca' untuk catalyst pemeraman.
2. betik atau pisang yang dibiar masak ranum atas pokok baru dipetik..
En, Iskandar, betik ni kalau tanam dlm pasu besar dia boleh berbuah ke? saya teringin nak tanam tp ruang tak berape nak cukup :D
BalasPadamSaya pernah lihat orang tanam dalam pasu. Pokok kecil sedikit tapi berbuah.
Padamkawasan yg terlibat dgn banjir sesuai ke tidak untuk penanaman betik...?
BalasPadamTak sesuai. Dari pengalaman saya betik yang berada dalam air bertakun dalam masa berterusan melebihi 3 hari akan mati kerana akar reput.
PadamAssalamualaikum,Benarkah akar betik boleh memberi kesan buruk seperti boleh memecahkan bangunan akibat lingkaran akar dalam tanah khususnya dikawasan laman rumah perumahan yang sempit sekitar 10 kaki lebar.
BalasPadamWaalaikum salam,
PadamSekiranya ada sumber air dalam konkrit tersebut. Ia tiada sumber air, tiada masalah.
Pokok betik tetiba tumbuh di blkg rumah. Dah sebulan lebih pokoknya cepat naik. Bagaimana cara terbaik utk sya alihkan pokok memandgkan tempat tumbuh tu xsesuai?
BalasPadam