Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 15 September 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 8 dari 20

Kesan Kekurangan Fosforus
Fosforus adalah unsur yang terdapat dalam sebatian yang digunakan untuk menyimpan dan menghasilkan tenaga iaitu ATP dan ADP. Bahan ini penting ketika proses fotosntesis, iaitu proses membuat makanan menggunakan air dan karbon dioksida dalam kehadiran sinar suria.

Tumbuhan juga gunakan fosforus dalam proses pembahagian sel. Jadi bahan ini amat diperlukan dalam anak pokok. Kalau kekuranngan fosforus, pertumbuhan pokok akan terbantut. Bahagian bawah daun akan kelihatan ungu atau biru. Jika pokok sedang berbuah, putik buah akan luruh jika pokok kekurangan fosforus.

Kalau tanah kekurangan fosforus, anda boleh gunakan baja kelawar (guano), baja cacing (worm cast) atau baja tinja ayam. Kepala bilis juga kaya dengan fosforus. Air basuhan juga kaya dengan fosforus kerana detergen memang diperkaya dengan bahan tersebut. Sebab itulah pokok yang tumbuh di kawasan yang terdapat air basuhan pakaian tumbuh dengan subur dengan saiz daun yang besar.

8 ulasan:

  1. air sabun daia atau dynamo pun buleh ke?
    sat gi takut mati pokok pulak.

    BalasPadam
  2. Kebanyakan sabun zaman sekarang biodegradable. Dulu saya tanam pokok pisang guna air basuhan. Pisang tumbuh seperti "Jack and the beanstalk." Ruang belakang rumah cuma 5' X 20' tapi 30 pokok pisang tumbuh ruang tersebut. Tuai buah masak dua tandan seminggu. Habis jiran marah sebab bela nyamuk. Padahal nyamuk membiak dekat air bertakung. Bukannya kat batang pokok pisang. Mereka yang takung air saya yang kena toing-toing. Pahahal jentik-jentik dari jenis nyamuk yang singggah di batang pisang adalah jenis yang memakan jentik-jentik nyamuk aedes. Merungut pun tak ada guna, sabar aja lah.

    BalasPadam
  3. ooo air sabun boleh guna ye. baru tau.terima kasih.

    BalasPadam
  4. hehehe... masa cikgu ajar bab nyamuk depa banyak pegi tandas kot. pasal tu tak paham. maklumat yang berguna ni... petang ni pokok pakai air sabun dynamo antibacteria la...

    BalasPadam
  5. Gunakan air untuk pokok buah-buahan sahaja secara berpada-pada. Sedikit fosforus sahaja diperlukan oleh tumbuhan. Tentang sabun antibakteria tu, perlu ingat ada bakteria dalam tanah diperlukan oleh tumbuhan untuk mengikat nitrogen dan untuk mengurai bahan organik. :)

    BalasPadam
  6. saya masih tak confident nak cube air sabun saya...saya pakai sabun daia...breeze...boleh ke? nak cube...tp en is bg la contoh brand sabun tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sabun tapi detergent. Kebanyakan detergent masakini terbiourai. jadi mana-mana brand pun boleh cuba.

      Padam
  7. patutlah br sy perasan pokok2 bunga melor n pokok daun kesum jiran sy subur menghijau kerana air sabun n bilasan basuh kereta sy selalu mengalir ke arah pokok2 jiran sbb kedudukan rumah sy lebih tinggi drpd rumah jiran sy.....

    BalasPadam