Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 21 September 2011

Masa yang Elok Untuk Menanam Semula

Dua bulan yang lalu, cuaca panas terik.  Hujan pun jarang-jarang aja.  Kalau menanam di atas tanah, cerewet juga sebab setiap hari kena pastikan pokok disiram.  Ini amat leceh kalau kita bekerja dan terpaksa keluar awal ke tempat kerja.  Bila melihat pokok kekeringan, kita sendiri pun akan ladi patah semangat.

Sekarang, cuaca dah mula berubah.  Setiap petang hujan turun dengan lebat.  Pada pendapat saya, inilah masa untuk mula memegang cangkul semula.  Kalau tanam di atas tanah, tidak perlu fikir tentang menyiram.  Cuma pastikan tanah mempunyai saliran yang baik, kecuali kalau ingin tanam kangkung. :)  Anak pokok juga perlukan perlindungan.  Saya pasangkan netting halus untuk lindungi anak pokok.

Masalah saya, ketika cuti raya saya tidak merumput kerana balik kampung.  Sekarang, bukan setakat rumput dan rumpai -- kawasan rumah saya dah bersemak macam belukar.  Cuaca pula dah cantik, hujan setiap hari.  Itu yang rumpai bertukar jadi semak.  Sebelum menanam kena bersihkan kawasan rumah dulu.  Macam mana nak mula ni....   Adoi....

Saya tidak akan meracun kerana rumput yang dipotong boleh dijadikan baja.  Mesin rumput pun tidak lagi sesuai digunakan kerana akar yang dalam akan menyebabkan rumpai tumbuh semula dengan cepat kerana air mencukupi.

Jadi, saya akan cuba dengan mencabut rumpai.  Untuk itu, saya perlukan sarung tangan yang tebal dan pencungkil.

4 ulasan:

  1. ah saranan yg.baik, aku pun nak semai Sawi New Jade Bak Choy yg.selamat di terima.Terimakasih.

    BalasPadam
  2. cerita pasal hujan... minggu lepas hujan selebat-lebatnya... habis anak pokok sawi, salad, bachelor button dan snapdragon semua rebah sebelum bangkit... daun mcm lecur...dah x boleh diubat lagi...
    semalam kosongkan semua pasu dikosongkan... insyaallah petang ni semai semula..

    BalasPadam
  3. Untuk anak-anak pokok serta pokok berbatang lembut, saya tutup dengan sungkup plastik hitam (plastic much). Ini dapat memecahkan titisan hujan yang kasar. Pokok (dan rumpai) sememangnya tumbuh dengan cepat bila setiap hari hujan.
    Kalau tanam dalam pasu, elok suga letakkan daun kering untuk tutup bahagian tanah yang terdedah. Bila hujan, daun-daun tersebut dapat "cushion"kan sedikit supaya tanah tak terpercik keluar.

    BalasPadam
  4. Tanaman terbaik ketika ini ialah kangkung. Kangkung suka air yang banyak. :)

    BalasPadam