Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Disember 2008

Kiriman Benih Yang Tidak Sampai

Kami ada menerima kembali beberapa benih yang kami kirim kerana beberapa sebab.  Ada antara pek gagal dihantar kerana orang yang memesan tiada di alamat yang dinyatakan atau alamat tidak wujud.  Apabila disemak nama dan alamat pada sampul, ia sepertimana yang rakan-rakan nyatakan dalam emel.  Mungkin ada kesilapan menaip alamat ketika membuat pesanan.
Ada pula rakan yang langsung tidak menerima kiriman yang kami kirim.  Jadi bila tiada respons dari rakan-rakan, saya menganggapkan rakan-rakan telah menerima kiriman benih dari kami.  Seeloknya rakan-rakan yang telah menerima kiriman benih dari kami kirimkan emel ringkas menyatakan benih yang dkirim telah diterima supaya kami dapat sahkan benih tersebut telah diterima.

Kebiasaannya kami mengirim benih yang dipesan dalam masa seminggu kerana kami membuat kiriman dua kali seminggu.  Kebiasaannya pos akan mengambil masa 3 hingga 4 hari.  Kadangkala mereka ambil masa dua hari sahaja.  Pos Malaysia kini sangat efisien menghantar benih-benih kami. :) Syabas Pos Malaysia.

Untuk rakan-rakan yang tidak menerima benih selepas dua minggu pesanan dibuat, mungkin benih tersebut hilang dalam perjalanan.  Jangan gusar.  Rakan-rakan hanya perlu beritahu kami benih belum diterima serta maklumat pesanan (nama, alamat penerima serta tarikh pesanan), kami akan buat kiriman yang baru tanpa waswas. Kami faham, penantian suatu yang amat meresahkan.  Apa lagi pek benih yang ditunggu tidak sampai-sampai.  Kami akan kirim semula pek yang lain tanpa perlu bayaran tambahan, kecuali jika kami kehabisan stok benih tersebut.

39 ulasan:

  1. Salam,
    Saya dah terima kiriman benih cuma blm sempat nak menanam. Terima kasih kerana sudi berkongsi...

    BalasPadam
  2. salam,
    saya dah menerima benih yang dikirim...terima kasih..

    BalasPadam
  3. Waalaikum salam,
    Alhamdulillah. Sama-sama.
    Happy gardening.

    :)

    BalasPadam
  4. Abg Is..boleh mnta no tracking x?coz saya nak tanya pejabat pos..benih x sampai2 lagi nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih dikirim melalui pos biasa pada 16/4/12. Ada beberapa kiriman lagi yang ke Kelantan pada tarikh tersebut belum diterima. Saya tunggu hingga Rabu, 25/4/12. Jika petang Rabu (esok) masih belum terima, saya akan kirim pek yang baru. Harap bersabar.

      Padam
  5. oo..ingatkan pos laju..ok2..saya tunggu..kalau x sampai jugak saya maklumkan kat abg,.,,.

    BalasPadam
  6. abg..kiriman lain2 ke kelantan ada x yg dah dpt?saya tunggu last day hari nie..kalau x dpt saya maklumkan..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua kiriman ke Kelantan pada hari tersebut belum diterima. Kalau hari ini belum diterima juga saya akan kirim semula. Jangan risau. :)

      Padam
  7. Hmm..maaf tuan..pos x sampai juga la tuan..something wrong ngan pos malaysia kut..anyway penerima lain dapat x?kalau tuan buat kirirman yg lain boleh ke saya tukar order?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tiada masalah. Kiriman lain ke Kelantan pada hari tersebut juga setakat ini belum diterima.

      Padam
  8. ok nnti saya detailkan dlm email..

    BalasPadam
  9. Tuan dah terima ke email saya semalam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah. Saya telah kirim semula pagi ini. Kiriman dimasukkan ke dalam peti pos pada 5.30 am, 27/4/12.

      Padam
  10. Berapa lama perlu tunggu sebelum dikira tak sampai? Pesanan saya pada 28 Mei dan 1 Jun. Saya sedia maklum lokasi Malaysia Timur ni memang lambat sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjang umur. Dah sampai pun hari ni. Kedua-dua pesanan. Siap ada tambahan lagi. Packing pun sangat pro. Terima kasih!

      Padam
  11. Terima kasih Tuan. Benih resend dah sampai pagi ni. Ingatkan lost lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Seperti yang dijanjikan jika benih tidak samapai dalam masa 2 minggu, kiriman baru akan dibuat.

      Padam
  12. Belum terima la tuan... Mungkin posman tersesat di tengah jalan gamaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ami emelkan detail. Saya akan semak. Sebab esok saya akan kirim semula benih yang tidak diterima.

      Padam
    2. Assalam tuan . Kiriman baru sampai td .. Tq... Pasu2 kosong pun sedang menanti benih2 pokok ni.. Teruja

      Padam
  13. en.is kiriman saya tak sampai pun???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiriman telah dibuat melalui poslaju. InsyaAllah esok akan terima.

      Padam
  14. en. is saya nak mintak no. tracking,

    BalasPadam
  15. en. is saya nak mintak no. tracking,

    BalasPadam
    Balasan
    1. No trekking kiriman tersebut ialah EM384093166MY.

      Padam
  16. assalam,saya dah bank in duit rm20 dicimb dlm akaun puan zaitun dan hantar sms alamat di nombor 0172889364,pesanan biji benih saya ada dlm posting menanam dlm bekas gabus dan nama penuh saya ialah zaiton abdullah,terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bint abdullah,
      Kiriman tidak dapat dibuat kerana saya tidak dapat kesan alamat penerima benih. Sila emel alamat atau SMS 0175009364.
      Terima kasih.

      Padam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Sdr Abdul Razak, pesanan pertama (14 Mac) telah dikirim pada hari yang sama dan pesanan kedua pada 18 Mac. Kedua-dua pesanan tersebut dibayar dengan harga RM20 untuk 10 pek biji benih. Oleh kerana tiada bayaran untuk kendalian poslaju dibuat (iaitu RM10 untuk setiap pesanan), kedua-dua pesanan tersebut dikirim melalui pos biasa. Tiada nombor trekking diberi. Jika kiriman tidak diterima selepas 2 minggu pesanan dibuat, saya akan buat kirman gantian.
      Harap maklum.

      Padam
  18. En.Is, saya yeap pei ching. Pesanan yang saya buat hari Ahad(9/3/13),sampai hari ni masih belum dapat lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiriman telah dibuat pada 12 Mac melalui pos biasa. Hari ini dah genap 2 minggu. Sekiranya hari ini atau esok masih belum terima, sila alertkan melalui emel supaya saya dapat buat kiriman semula.

      Padam
    2. Terima kasih En. Is. Hari ni masih belum dapat kiriman, kalau esok masih tak dapat lagi, saye akan inform melalui email ye.

      Padam